Gambar : Saat Ketika Perkahwinan Awal Dan Scha

on 05 Mei 2012

Saat ketika perkahwinan | majlis nikah awal dan scha al yahya! Gambar disertakan sekali! Selepas beberapa kali kita disogokkan dengan gambar teaser hari bahagia diaorang, aku diberitahu yang akhirnya pasangan ni dijabkabulkan dan sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz jam 9.17 malam semalam.


Gembira betul rasa hati aku bila tengok scha dan awal berjaya disatukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Untuk makluman korang, majlis ni berlangsung di pullman putrajaya lakeside dengan diwalikan oleh ayah scha sendiri. Mas kahwin berjumlah RM2050 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Tentang hantaran nikah, pihak sebelah awal membawa 7 dulang hantaran berupa set barang kemas, bunga rampai dan sirih junjung, sehelai pakaian, kasut berjenama christian louboution, beg tangan jenama dior, senaskah al-quran dan manisan kurma beserta kek. Hantaran dari pihak lelaki dibalas dengan 9 dulang oleh pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah al-quran, mac book, dompet bottega veneta, sehelai baju melayu, kasut hermes, seutas jam tangan cartier serta coklat dan kek. 

Anyway, setinggi-tinggi tahniah diucapkan pada mereka. Pada aku kedua-dua pasangan ni memang secocok sekali dan hopefully mereka akan berbahagia hingga akhir hayat. Tahniah sekali diucapkan. Lagi beberapa gambar sekitar majlis kahwin awal ashaari dan scha al yahya untuk korang tatapi dengan klik read more. Kredit gambar oh bulan dan rotikaya











Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...