Guna lilin untuk sukat dosa? JAIS kini sedang memantau satu ajaran sesat yang dipercayai mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan membakar lilin.
Ajaran sesat ini dikenali sebagai Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi seorang individu bergelar Datuk.
Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang. Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu menceritakan mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air. Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.
Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.
Sumber : Kosmo
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan