Sebab rita rudaini minta alasan cerai dari aidil zafuan beberapa minggu lalu - Aku rasa peminat-peminat rita rudaini mesti tertanya-tanya kenapa dan rasa pelik sampai sekarang bila rita minta aidil beri alasan bercerai yang jelas sebelum ni. Dari situ seolah-olah nampak macam rita tak sanggup bercerai dengan aidil.
Well, pada yang fikir macam aku cakap kat atas, ternyata salah jangkaan korang. Pada yang tertanya-tanya tu, hari ni persoalan korang (peminat rita rudaini) akan terjawap lepas baca interview antara wartawan bipop dengan rita kat bawah ni yang aku copy dari akbhar bipop semalam. Jom baca.
BIPOP : Cuba jelaskan apa yang berlaku? Sebelum ini, rita seolah-olah tidak sanggup meneruskan kehidupan sebagai isteri aidil, tapi lain pula yang berlaku di mahkamah syariah.
Saya nak perbetulkan kenyataan yang keluar sebelum ini. Mungkin ramai salah faham. Bukan saya tidak mahu bercerai, tapi saya mahu ikut prosedur dan undang-undang Islam yang ditetapkan, barulah boleh melafazkan talak. Ini nak bercerai tapi tiada perbincangan dan alasan kukuh, bagaimana? Sebagai isteri dan wanita, saya mahu mempertahankan hak saya. Saya tidak akan membiarkan suami menceraikan saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh. Bercerai tanpa alasan, itu tidak adil buat saya dan anak-anak. Ingin nikah cerai boleh dibuat main-main ke? Bukan senang nak bercerai, kita kena ikut prosedur yang ditetapkan, bukan main tinggalkan begitu, buang macam sampah bila sudah benci. Setiap orang ada maruah dan harga diri, begitu juga saya. Dulu ketika mahu berkahwin pandai memujuk rayu, ajak berkahwin di Songkhla, Thailand, tapi bila tidak mahu campak saya macam tu saja!
BIPOP: Ada yang anggap rita seolah-olah main tarik tali?
Soal rumah tangga dan maruah, saya tidak sanggup main-main, apatah lagi membabitkan masa depan saya dan anak-anak. Saya malu apabila berita saya enggan bercerai terpampang di dada akhbar. Peminat, saudara mara dan kawan-kawan tidak berhenti bertanya, mereka tidak faham. Saya sudah jelaskan, negara kita ada undang-undang. Kini saya menunggu mahkamah memberi tarikh lain untuk kes yang tertangguh.
BIPOP: Rita masih sayangkan rumah tangga yang hampir berkecai?
Saya pandang wajah anak-anak, dan saya tahu saya kena juga utamakan perasaan mereka. Kalau ikutkan, hati saya sudah hancur, perasaan saya sudah lama melayang pada suami. Saya semakin tawar hati ketika suami memfailkan perceraian di seremban ketika saya sarat mengandungkan arjuna tahun lalu. Sampai hati kan? Ketika saya sarat mengandung, suami nak buang saya dan rayyan begitu saja dalam hidupnya. Tapi saya terima aidil semula kerana dia pandai memujuk dan ingin berubah. Saya terima ketika itu apabila terkenangkan rayyan masih kecil dan anak dalam kandungan. Saya pernah beritahu aidil, saya sudah tiada perasaan terhadapnya, saya menerimanya kerana anak.
BIPOP: Khabarnya rita dan suami tidak pernah berbincang sejak suami keluar dari rumah kira-kira empat bulan lalu. Betul ke?
Ya, suami keluar begitu saja tanpa berbincang apa-apa. Sebagai isteri saya juga nak tahu apa punca saya diceraikan. Suami cakap tidak serasi ketika ditanya di mahkamah, tapi kenapa dia beriya-iya memujuk saya terima dirinya semula tahun lalu? Suami sampaikan terpaksa meminta tolong ibu bapa dan saudara mara untuk memujuk saya. Kami berkahwin bukan setahun, tapi lebih empat tahun. Bagi saya, suami mempermainkan ikatan perkahwinan ini. Saya terima takdir Tuhan, apa yang tertulis. Saya reda, apa yang berlaku sudah diatur Allah. Kes permohonan cerai yang tertangguh, itu juga urusan Allah., bukan saya yang mengaturnya. Kalau datang dengan niat tidak elok, Allah tidak akan mengizinkannya.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan