Tam Sheang Tsung Sertai Kelab Shanghai Shenhua

on 12 Mei 2012

Tam sheang tsung sertai kelab liga super china, shanghai shenhua - Berdasarkan laporan espn, beliau bersetuju untuk menyertai kelab tersebut dan sidang menandatangani kontrak persetujuan telah pun dijalankan.

Semuanya bermula bila tam yang berasal dari malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua pada bulan november tahun 2011. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten. Dalam tempoh pemilihan itu, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan corak permainannya. 

Lagi info mengenai latar belakang tam. Tam berusia 17 tahun mula bermain bola sepak pada usia 9 tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, ejen dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC bawah 15 tahun. Pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.

Pada tahun 2010, dia menyertai kelab divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun. Walaupun dia pemain muda yang berbakat, dia tidak terkenal. Tetapi penyertaannya ke kelab shanghai shenhua telah menarik perhatian menteri konsul am malaysia di shanghai, hendy assan sebagai saksi penandatangan kontrak. 

*Sumber diolah semula dari : ammboi dot com
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...