Memaparkan catatan dengan label almy nadia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label almy nadia. Papar semua catatan

Almy Nadia Dan Azuan Mazlan Bercinta?

on 24 Mei 2012

Almy nadia dan azuan mazlan bercinta? Berdasarkan sumber, hubungan almy nadia dan azuan mazlan dikatakan rapat kebelakangan ini. Kalau tanya aku, macam bercinta pun ada. Mungkinkah azuan punca almy keliru untuk bagi jawapan bila fizz fairuz ajak kahwin?

teman lelaki baru almy nadia

Berdasarkan sumber oh bulan lagi, azuan dikatakan sering bersama almy dan ada beberapa pihak dari blog hiburan tempatan beberapa kali ternampak mereka bersama di padang futsal one utama. Selain itu, pihak diorang jugak mendakwa selalu melihat status BBM almy menyebut nama azuan mazlan. Diorang jugak dikatakan nampak serasi dan happy bila bersama. Adakah ini bermaksud almy curang dengan fizz fairuz? 

almy nadia dan azuan mazlan

Anyway, pada peminat doakan almy supaya selamat menjalani pembedahan appendix hari ini. 

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Putus Cinta?

on 21 Mei 2012

Fizz fairuz dan almy nadia hampir putus cinta? Aku rasa baru seminggu lepas kot aku keluarkan artikel mereka akan berkahwin tak lama lagi sebiji macam yang dikatakan fizz fairuz. Tapi terkejut pulak aku bila baca apa yang dikatakan almy di bipop semalam. Hubungan mereka sekarang ni hampir roboh gara-gara pengakuan fizz yang mahu mereka berkahwin tahun ini.

fizz fairuz dan almy nadia hampir putus bipop 20 mei 2012

Kata almy nadia tentang hubungan mereka di BiPop 20 mei 2012 :

“Episod bahagia sudah lama berlalu, sekarang yang tinggal ialah perasaan yang sukar nak ditafsirkan. Bagi saya, fizz telah meninggalkan beban yang berat pada saya bila dia mengumumkan mahu melamar saya tahun ini. Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan. Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini.

Almy juga meminta fizz berhenti sebarkan soal perkahwinan mereka yang mana dia sendiri pun tak pasti. Tapi personally, aku tak faham apa yang beban pada almy sebenarnya. Normallah tu kalau sana sini orang tanyakan? Anyway, pada peminat doakan yang terbaik untuk mereka.

Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Nikah Tahun 2012

on 09 Mei 2012

Almy nadia dan fizz fairuz nikah tahun ini, 2012 ? - Aku rasa tak lama lagi mungkin tiada dah artis tempatan yang berstatus single and available. Yelah, kalau kita tengok balik, ramai kot artis yang menamatkan status bujang diaorang. Kali ni giliran almy dengan fizz pulak. Tapi yang menariknya, sebab nikah bukan dari perbincangan bersama. Lagi bikin pelik, almy sendiri pun tak tahu fizz ajak kahwin tahun ini. Aik?


Ini kata fizz tentang hasrat untuk bernikah tahun ini di blog rotikaya :

Ya itu niat saya dan dengan izin allah insyaallah perancangan ini akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke tanah suci awal jun ini. Sekembalinya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh sesuai.

Ini pulak kata almy di akhbar mstar online :

Maafkan saya kerana tak dapat nak bagi komen sebab saya langsung tak tahu perkara ini dan rasanya tak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tak pasti. Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan dari blog rotikaya tu. Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu. Jadi sekarang biarlah fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan. Buat masa ini biarlah fizz yang memberi komen.

Pulak dah. Ingatkan fizz dan bincang dulu dengan almy. Tapi, kita fikir positiflah. Mungkin fizz sebenarnya nak bincang perkara ni dengan almy dulu tapi terlepas cakap pulak pada pihak media. Apa-apa pun harapnya hubungan diaorang tak rengganglah sebab hal ni. Pada peminat, doakan yang terbaik buat diaorang ya. Kredit 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...