Memaparkan catatan dengan label izara aishah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label izara aishah. Papar semua catatan

Izara Aishah Dikatakan Tak Berdisiplin

on 19 Jun 2012

Izara aishah dikatakan tak berdisiplin? Memang tak sah kalau seseorang artis yang baru nak naik seperti izara bebas dari segala kontroversi. Ahad lepas akhbar berita harian, utusan dan kosmo ada mengeluarkan artikel izara selalu lambat sampai ke lokasi penggambaran dan fotografi. Sumber berita ini ialah dari beberapa pihak media yang pernah bekerjasama dengan izara.

izara aishah tak berdisplin

Berdasarkan sumber, izara dikatakan sering lewat 2-3 jam dari masa yang dijanjikan untuk sampai ke lokasi penggambaran atau fotografi. Bila ditanya kenapa lewat, alasan yang selalu digunakan izara ialah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kadang-kadang alasan yang diberi ialah tak tahu jalan ke lokasi. Dan yang lagi bikin panas, bila pihak produksi call dia tapi tak berjawap. Kata seorang wartawan popular tentang isu ni di akhbar utusan :

Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampai naik muak. Bukan saja pihak produksi yang merungut, tapi beberapa wartawan pun geleng kepala dengan sikap dia. Aku dengar cerita itu bukan kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah. Kalau dah betul tak tahu jalan, kenapa tak google maps awal-awal? 

Pedass wartawan tu sound. Tapi izara ada menjelaskan 'masalah displin' ni bersebab, bukan sengaja dan dia mendakwa isu ini telah ditokok tambah seperti tak jawap telefon atau senyap macam tu je. Izara mengatakan dia pasti akan maklumkan pada pihak produksi sekiranya dia rasa akan lambat sampai ke lokasi penggambaran atau fotografi.

Anyway isu masalah displin dikalangan artis ni masalah normal. Mungkin cerita tu ditokok ditambah tapi yang betulnya, izara memang lewat sampai ke tempat kerja. Kalau dah selalu sangat, memang orang mula menyampahlah kan? Rasanya, agak molek izara cari jalan untuk selesaikan isu ni sebelum bermacam-macam lagi fitnah terkeluar dari mulut tempayan.

Gambar Izara Aishah Peragakan Fesyen Musim Panas

on 29 Mei 2012

Gambar izara aishah peragakan fesyen musim panas! Wah serius makin comel pulak izara aishah dengan fesyen musim panas ni. Macam yang kita sendiri pun rasa, cuaca memang tak menentu kebelakangan ni. Kejap panas, kejap hujan. Tapi bila panas, memang panas gila. Berbeza betul dengan musim panas 10-15 tahun lepas. Untuk itu, pihak kl sogo memikirkan jalan penyelesaian dengan mengeluarkan beberapa fesyen musim panas khas untuk golongan perempuan. 


Fesyen untuk lelaki rasanya takde kot. Sebab biasanya yang mengeluh panas ni perempuan. Hehe. Rasanya rekaan fesyen pihak kl sogo ni memang awesome. Sesuai dengan tema musim panas, pakaian ni mempunyai pengaliran udara yang baik supaya bila kita pakai, kita tak rasa bahang dan berpeluh! Rekaan pakaian pun tak seksi melampau atau pelik atau apa-apa jelah. Memang sesuai dan kena dengan keadaan malaysia. 

Anyway, ada lagi beberapa gambar comel izara untuk korang tatap dengan klik readmore. Kredit gambar blog trendsetter

Gambar Izara Aishah Dengan Uniform Sekolah Oh My English Astro

on 25 Mei 2012

Gambar izara aishah dengan uniform sekolah oh my english astro! Ini dia beberapa gambar izara aishah dengan uniform sekolah di majlis pelancaran oh my english program baru astro. Rasanya cuma beberapa kerat je artis perempuan yang nampak comel bila mengenakan uniform sekolah. Pada aku izara termasuk dalam kategori tu. Bawah ini gambar dia mengenakan uniform sekolah. Serius, memang comel! 

izara aishah oh my english astro

Sedikit info tentang rancangan oh my english. Rancangan ni ialah program berbentuk pendidikan tetapi disuntik dengan elemen komedi untuk mengelakkan penonton bosan. Berdasarkan feedback yang aku baca, rata-rata mengatakan rancangan ni memang best. Jadi pada yang ada astro kat rumah, jangan lupa tonton rancangan ini di astro tviq saluran 610 jam 10 pagi setiap hari ahad. Selain izara aishah, oh my english menampilkan adibah noor, harun salim bachik, dan zain saidin ditambah lagi dengan beberapa pelakon baru. Pelakon jemputan yang berlakon pun tak kurang hebatnya iaitu lisa surihani, rozita che wan dan ramai lagi. Memang rugi kalau tak tonton rancangan ni.

Anyway, back to topic. Nasib baiklah izara bukan teddy bear.. Kalau tak dah lama kena peluk. Heheh. Ada lagi beberapa gambar comel super duper cute izara aishah dengan uniform sekolah untuk korang tatap dengan klik readmore. Kredit gambar : Rotikaya dan facebook astro oh my english

Izara Aishah Jadi Cover Majalah Lisa 15 Mei 2012

on 15 Mei 2012

Izara aishah cover majalah lisa 15 mei 2012! Rasanya ini artikel pertama tentang izara aishah di blog ini. Sebelum ni apa-apa pasal dia aku bawa ke blog kedua. Anyway, abaikan. Aku bawakan khabar baik untuk peminat izara dalam artikel ni. Pada yang rindukan artis ni, korang boleh dapatkan majalah terbaru Lisa keluaran 15 mei 2012 yang menampilkan izara sebagai cover.


Macam biasa, izara masih lagi nampak menarik, cantik dan comel cantik dan comel (saja ulang 2 kali) sesuai dengan tarafnya sebagai selebriti. Dengan caption bertajuk 'meraih mimpi bergelar bintang', aku pasti ada sesuatu yang penting izara usulkan untuk bacaan peminat setia dia. Turut menampilkan kisah fasha dan jejai. Selain dari itu, seperti biasa intipati majalah ini adalah berkaitan tips kecantikkan dan fesyen selain dari beberapa kisah artis yang lain.

Apa-apa pun, aku rasa punca majalah ni terjual kemungkinan besar disebabkan ada izara aishah. So pada peminat, dapatkan majalah ni di kedai berhampiran sebelum majalah ni sold out. Harga Rm3.90 je kot.  Lagi murah dari majalah mangga kalau tak silap. Heheh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...