Memaparkan catatan dengan label johan raja lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johan raja lawak. Papar semua catatan

Keputusan Super Spontan, Zizan Juara

on 02 Jun 2012

Keputusan super spontan, zizan juara! Pada yang tak tengok super spontan tadi, zizan razak telah  menjadi juara rancangan tersebut. Tempat kedua pula dimenangi oleh johan dan tempat ketiga dimenangi oleh tauke. Rancangan ni sememangnya bukan tahap 'ayam' sebab hadiah untuk juara, tempat kedua dan ketiga bukan calang-calang. Zizan sebagai juara membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta kereta toyata carmy. Woot!!

zizan juara spontan musim 1

Johan raja lawak pulak sebagai naib johan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi. Tauke pula membawa pulang RM25,000 dan beserta trofi. Peserta-peserta final yang lain pula menerima saguhati wang tunai RM5,000 dan jugak sebuah trofi. Persaingan memang sengit masa perlawanan berlangsung. Tauke pada aku pun memang bagi persaingan sengit pada zizan dan johan. Tapi rasanya peringkat akhir spontan ni, sebenarnya merupakan pertandingan di antara johan dan zizan. 

Anyway, tahniah diucapkan pada zizan. Memang tak boleh tidurlah zizan malam ni sebab bertambah lagi koleksi kereta dia. Hehe.

Penyokong Bersih Boikot Johan Raja Lawak

on 13 Mei 2012

Penyokong bersih boikot johan raja lawak sebab persenda, perli mereka? Betul, memang betul khabar angin johan di boikot penyokong bersih. Semuanya bermula dari video bertajuk 'esok nak demo ni' yang menampilkan johan, afdlin dan harun salim bachik. Dan rasanya penyokong bersih terasa dengan watak johan yang seakan-akan perli bersih dalam video tu. 


Ala, faham-faham jelah lawak johan macam mana. Boleh kata lawak dia kebanyakkannya main redah je. Kena kat orang sensitif, memang melentinglah. Contohnya macam isu beberapa bulan lepas, yang kak ogy sampai nak saman dia tu.. Berbalik pada topik. Disebabkan video tu, ahli-ahli bersih serbu fanpage johan raja lawak. Tak cukup lagi, diaorang tubuhkan pulak fanpage kami boikot johan. Tak percaya korang check sendiri. Diaorang siap desak johan buat video minta maaf pada seluruh penyokong bersih yang terasa dengan lawak dia. 

Anyway, harap-harapnya johan ok jelah. Cuma tulah, pada aku selepas ni johan perlu sentiasa tapis idea lawak dia dan sebelum guna idea lawak tu, fikirkan dulu sensitiviti orang lain. Tak semua yang berhati kental dan bertelinga kuali. Heheh. Bawah ni ada video lawak tu. Klik readmore untuk tonton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...