Memaparkan catatan dengan label natasha hudson. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label natasha hudson. Papar semua catatan

Gambar Majlis Pernikahan Natasha Hudson

on 15 April 2012

Gambar masa majlis pernikahan pelakon natasha hudson - Alhamdullillah. Nampaknya apa yang dirancang oleh natasha sebelum ni akhirnya menjadi kenyataan dan segala perancangan berjalan dengan lancar. Akhirnya hari ini berkahwin jugak natasha hudson dengan khalid kamal.


Natasha hudson sah menjadi isteri kepada carleed khaza (nama komersial khalid kamal) dengan sekali lafaz tepat jam 11.50 pagi tadi. Majlis yang cukup sederhana ini berlangsung di masjid wilayah. Tentang hantaran, pengantin perempuan menghantar 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 5 dulang hantaran dari pengantin lelaki. Barang hantaran? Aku masih belum dapat apa-apa info pasal barang hantaran. Akan diupdate kemudian. 

Anyway, tahniah diucapkan pada natasha dengan khalid. Semoga pasangan ini berbahagia hingga akhir hayat. Kredit gambar Rotikaya. Lagi beberapa gambar dengan klik read more :

Gambar Natasha Hudson Bertudung

on 09 April 2012

Natasha hudson dah bertudung? Gambar bawah ni bukti dia. Dan alhamdulillah.. Lagi seorang artis perempuan malaysia bertudung. Hari tu yatt, kali ni giliran natasha pulak. Untuk pengetahuan korang, keputusan bertudung ni dibuat selepas natasha pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ni. 


Pada aku natasha makin cantik ah lepas bertudung ni. Macam nak jatuh cinta je aku rasa sekarang ni. Heheheh. Kata natasha kepada wartawan blog gua :

Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. 

Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.

Aku nak ucapkan tahniah pada natasha hudson di atas penghijrahan ni. Bertudung memang bukan satu masalah. Dan pada aku artis-artis perempuan malaysia yang lain tak perlu takut karier akan terjejas sekiranya bertudung. Takde mazhab mengatakan bertudung akan menutup pintu rezeki kita. Semoga rezeki natasha sebagai artis akan makin melimpah ruah selepas ni. Anyway, tahukah korang natasha akan bernikah tak lama lagi? 


*Update terbaru : Natasha dah selamat bernikah. Klik link bawah ni untuk tengok gambar kahwin natasha - Gambar nikah natasha hudson

Natasha Hudson Kahwin 14 April 2012

on 07 April 2012

Tarikh natasha hudson kahwin dengan khalid kamal, 14 april 2012 - Sekarang ni memang sah musim artis berkahwin. Mula-mula lisa, lepas tu azza elite. Yang terbaru, natasha pulak. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah dulu kepada natasha. Lama membujang hidup berteman semula akhirnya.


Tu lah dia khalid kamal teman lelaki natasha hudson. Dari gambar ni, memang nampak natasha sangat bahagia dengan kamal. Nampak je khalid dressed up macam tu tapi jangan sangka khalid ni tabung kosong. Untuk pengetahun korang khalid ialah pemilik syarikat rakaman phuture phlow. Kaya beb! Berbalik pada topik, diaorang akan bernikah di masjid wilayah jalan duta jam 11 pagi nanti. 


Pada yang tak tahu, perkahwinan ni ialah perkahwinan ketiga natasha. Apa boleh buat.. Takde jodoh. Anyway, harapnya peminat akan mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Semoga perkahwinan ni akan jadi yang terakhir buat natasha dan semoga perancangan mereka dipermudah dan berjalan dengan lancar.


*Update terbaru : Natasha dah pun selamat berkahwin dengan khalid. Gambar :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...