Memaparkan catatan dengan label neelofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label neelofa. Papar semua catatan

Gambar Perghh Neelofa Di Majalah Cosmopolitan Jun 2012

on 29 Mei 2012

Neelofa jadi cover majalah cosmopolitan jun 2012! Tak ingat aku berapa kali neelofa jadi cover. Tapi gambar ni memang perghh! Aura ke-seksian neelofa terserlah habis lagi-lagi bila mengenakan baju special tu. Sama macam lelaki tipikal yang lain, aku agak buta fesyen dengan pakaian untuk orang perempuan ni. Aku panggil baju perisai sebab benda-benda berkilau tu nampak macam besi je.

neelofa cosmopolitan jun 2012

Apa-apa pun, aku pasti punca orang beli majalah cosmopolitan edisi jun 2012 ni bukan je sebab ada menampilkan neelofa sebagai cover. Semestinya info dan tips-tips berguna jadi sebab utama korang beli majalah ni. Antara content menarik dalam majalah ni kali ni ialah seperti yang korang nampak pada cover tu dan banyak lagi. Tapi yang menarik perhatian aku ialah 9 superfoods boleh bakar lemak tu. Agak berguna info tu memandangkan perut aku ada naik sikit kebelakangan ni. Huhuh.

Anyway, dapatkan segera majalah ni di kedai berhampiran. Walaupun bukan peminat neelofa, memang berbaloi korang beli majalah ni sebab info-info didalamnya memang best!

Penjelasan Gambar Neelofa Berpakaian Bunny Girl

on 28 Mei 2012

Penjelasan gambar neelofa berpakaian bunny girl! Ini penjelasan dari neelofa tentang gambar seksi bunny girl yang tersebar di internet minggu lepas. Untuk makluman kepada yang tak tahu, berdasarkan sumber yang aku dapat, gambar dia berpakaian sampai macam tu sekali sebenarnya ialah gambar 3-4 tahun lepas!

gambar neelofa seksi, berpakaian bunny girl

Kata neelofa di utusan malaysia :

Dah tak ada modal ke nak buat cerita? Sebenarnya itu gambar lama semasa saya terlibat dalam pembikinan video muzik kumpulan tilu tiga atau empat tahun lepas. Persoalannya kenapa keluarkan gambar tu sedangkan itu gambar lama?  

Saya pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating blog masing-masing tak perlulah buat macam tu pada saya. Kumpulan tilu tu pun dah senyap sekarang tapi ada pula orang yang tak ada kerja ambil dan sebar gambar tu semula. Sejujurnya saya geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang. 

Diharapkan neelofa dapat bersabar dengan mereka yang siarkan gambar-gambar berkemban tu. Hopefully dengan penjelasan dari neelofa sendiri ni, blogger-blogger yang siarkan gambar-gambar tu bolehlah removed gambar-gambar tu dari blog masing-masing. Tapi pada aku lagi molek kalau lepas ni neelofa sendiri elak dari berpakaian hot macam tu untuk elakkan kontroversi di masa akan datang.

Gambar Neelofa Di Paris

on 18 April 2012

Neelofa di kota paris? Sebenarnya gambar ni ditangkap semasa dia berada di eropah untuk penggambaran rancangan nona. Yelah, dah alang-alang sampai kat tempat yang jarang pergi kan.. Jadi apa lagi, sesi photoshoot pun on lah. Hehe.


Dengan pengalaman sebagai model dan bonus rupa, neelofa berjaya buat kita pandang 2-3 kali pada gambar-gambar ni. Hehe. Of course, view di paris ni pun membantu neelofa dan photographer, annas easkey untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik. 

Anway, kredit gambar blog annas easkey. Lagi 4 gambar neelofa di paris dengan klik read more :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...