Memaparkan catatan dengan label tasha shilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tasha shilla. Papar semua catatan

Seniman Campur Tangan Pergaduhan Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa

on 20 Jun 2012

Sebelum ni memang ramai bengang dengan zed zaidi dek kerana pertikaikan kemenangan aaron. Rasa bengang tu makin bertambah-tambah lepas dia sah jadi presiden seniman. Tapi untuk isu gaduh antara anzalna, neelofa dan tasha shilla, barulah nampak kegunaan zed zaidi sebagai presiden seniman. 

anzalna dan neelofa bergaduh

Melalui akhbar berita harian hari ini, zed zaidi dilaporkan akan menggunakan kuasanya sebagai presiden seniman dengan memanggil neelofa, anzalna dan tasha shilla untuk menyelesaikan konflik yang mereka hadapi sekarang. Pihak seniman pula akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu ni. Rasanya mesti ada yang tertanya-tanya apa hak seniman sampai nak campur tangan dalam isu ni. Sebenarnya ketiga-tiga artis tu ialah ahli persatuan seniman. Zed zaidi jugak melihat isu ini jika diselesaikan di makhamah hanya akan merugikan mereka nanti. Kata zed :

"Pada saya kemelut antara neelofa, anzalna dan tasha shilla tak perlu berlarutan hingga jadi kes makhamah. Pendekatan seperti nasihat ialah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tiga artis tersebut secara dalaman. Tanpa peguam, tanpa tindakan undang-undang, saya yakin masalah ini boleh diselesaikan dengan jalan yang terbaik. Dunia hiburan malaysia ini kecil je. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti. Jadi tak perlulah terlalu mengikut emosi. Sebagai ahli seniman, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik. Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh."

Macam aku kata tadi bila timbul masalah-masalah macam ni barulah nampak ada gunanya zed zaidi sebagai presiden seniman. Dan aku bersetuju dengan tindakan zed kali ni. Masalah boleh selesai dengan cara baik, jadi selesaikanlah dengan cara baik. Tak perlu pun upah peguam, ambil tindakan undang-undang bagai. Harapnya zed zaidi dapat menyelesaikan kemelut antara neelofa, anzalna dan tasha shilla ni. Kredit info Berita Harian.

Tasha Shilla Di Gosip Dengan Datuk

on 15 Mei 2012

Tak silap aku gosip tasha shilla dengan datuk ni dah lama diperkatakan. Even sampai sekarang pun, tak settle-settle lagi. Sampaikan gosip tu membawa ke gosip baru : kemenangan tasha di abpbh ditaja oleh datuk. Anyway rasanya pada mulut tempayan tu dah bolehlah berhenti bergosip pasal tasha ni. Sebab aku bawakkan penjelasan dari tasha sendiri pasal isu ni.



Kata tasha shilla :

Saya rasa saya dah jawab isu ni beberapa bulan lepas. Sebenarnya mungkin ada di kalangan peminat saya yang bergelar Datuk, atau saya mungkin pernah melayan mereka sebelum ini. Maksud saya dengan ‘melayan’ itu ialah melayan pelanggan-pelanggan di kedai prada di pusat membeli-belah pavilion tempat saya bekerja dulu. Mungkin ada dikalangan pelanggan itu bertaraf datuk. 

Saya rasa, ada pihak yang sengaja nak ‘provoke’ cerita yang kemenangan saya di ABPBH sebagai Artis Baru Popular pun ditaja oleh seorang Datuk walaupun sebenarnya peminat dan kelab peminat saya yang bekerja keras mengundi saya semasa musim ABPBH.

Jadi harapnya dengan penjelasan dari tasha sendiri ni akan menutup segala gosip pasal dia. Kemenangan dia di abpbh pun adalah hasil undi dari peminat dia sendiri. Bukan ditaja. Ada faham? Kredit info dan gambar : portal gua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...