Tengah syok membaca, tetiba akak 1 opis aku ni muncul sebelah aku. Terkebil-kebil mata dia pandang skrin lappy aku. Dia ni pantang kalau time kerja, pekerja yang lain dok mengular(rilek). Senang cerita, aku sudah kantoi layan blog.
"Ahh.. Cilake" - keluh aku dalam hati
"Kau buat ni?? Sekarang kan masa kerja??"
"................"
"Hah?! Apasal kau diam?? Tu kat skrin laptop ko.. Amende tu??"
"Erk.. Hehe.."
"Apa hehe hehe??"
"Ni wallpaper lah kak. Saya tengah tengok wallpaper baru ni cun ke tak. Saya bukan mengular. Ni illustrator dengan photoshop saya terbukak bawah ni ha!" - sambil aku klik software tersebut yang telah diminimize.
"Oh.. Ye ke.. Ok ok" - sambil berlalu pergi.
++++++++++++++++
Fuh tak sangka penipuan berjaya.. Kat lappy dah sah-sah tertera logo mozila tapi aku cakap wallpaper dan dia percaya. Bapak sengal = . = Nasib baik dia bengap sampai tak tahu apa yang aku bukak. Kalau tak mahu dia letak ip adress kat P1max tu sebab taknak kasi aku guna lagi. Huh selamat..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan