Blogger bukti rakyat bebas bersuara

on 18 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.

"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.


"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya - kosmo

Wah ada 2 juta bloggers! Bermakna ramai gila persaingan dan kita kene kerja keras gila-gila untuk mantapkan blog masing-masing.. Bak kata Ben, blogger kena menderita. Sekarang ambik kau. Betul-betul punya menderita ni..!

Hm tapi tang kebebasan suara tu, aku nasihatkan hati-hati weh. Jangan main isu negara atau isu pemerintahan kalau takda fakta dan dalil yang bernas atau takda sebab yang kukuh.. Kalau tak, masakan ada 1 blogger ni dulu kena tangkap sebab main isu pemerintahan.. Itu jam trafik mencanak gila babeng pun tak guna dah kalau kita duk meringkuk dalam lokap.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...