Pakai tudung tapi nampak jugak rambut

on 18 Mac 2011

Ah siol.. Terlalu bz lepas solat jumaat tadi sampai terbiar beberapa jam blog ni. Serius hati tarak senang.. Korang tinggalkan blog beberapa jam tak rasa apa-apa ke? Kalau tak rasa apa-apa ajar aku skit?

Tadi sebelum balik aku lepak mapley. Isi perut, pekena nescafe ais, rilek-rilek dulu baru balik rumah. Nak tengok tb kat mapley ni, bantai cite hindustan je. Pagi, tengah hari, petang asal aku datang, mesti cite hindustan. Kalau lu orang tanya aku pasal cerita hindustan ni, aku rasa aku boleh terangkan dari a-z. Siap lagu sekali aku hafal dah! Tapi yang best mampley kat sini, enviroment santai.. Tenang fikiran lepak sini.

Dipendekkan cerita, sedang aku syok layan blues tiba-tiba 1 akak ni masuk kedai.. Yang buat aku pandang 2,3 kali akak ni, pakai tudung tapi rambut nampak. Serupa macam tak pakai tudung dah. Teringat pulak aku 1 kes ni dulu. Mengaji kat masjid tapi pakaian dia, nampak dalam. Aiseh..

Hm bab aurat. Kalau betul nak tutup aurat, tutup betul-betul. Bila jadi macam tu, nampak macam nak main-main pulak dengan suruhan agama ye tak? Niat dah betul. Tapi bukan dapat pahala. Ada kemungkinan dosa dapat double. Bukan takat akak tu je, ramai yang bertudung aku tengok macam tu. Ingat tudung tu topi?

Nanti bila sedara seagama tegur, marah. Silap-silap boleh bawak bertekak. Tapi fikirla, ni suruhan agama, perintah dari yang Esa kat atas tu! Kalau betul nak ikut, ikut betul-betul.. Jangan buat separuh jalan jangan hangat-hangat taik ayam!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...