So macam mana nak dapatkan balik mood berblogging? Dari pengalaman guwa yang tak seberapa ni, guwa nak cadangkan beberapa tips yang mungkin boleh membantu bila kau berdepan dengan masalah ni. So apakah tips tu?
1st - Ingat balik niat/tujuan kau berblogging. Semakin lama kita berblog, kadang-kadang kita tak sedar niat/tujuan berlogging kita dah jauh menyimpang dari apa yang kita tetapkan atau boleh jadi kita terlupa. Kesan dia, semangat berblog makin pudar. Jadi cer ingat balik niat/tujuan kau berblogging tu. Kerana blogging is fun atau duit semata-mata..
2nd - Pelbagaikan entri. Kalau asyik post cerita yang sama, lama-lama mesti kau rasa boring. Bila boring mood berblogging pun hilang. Jadi pelbagaikanlah entri kau tu.. Taip pasal sesuatu yang tak pernah kau taip. Barulah tak boring bila berblog.
3rd - Kenang balik kenangan manis sepanjang kau berblog. Tak kiralah apa pun, yang penting peristiwa tu manis! Contohnya 2 bulan lepas kau dapat cashout duit iklan atau kau dapat buat 1 entri yang mana ramai komen atau share atau like. Logik ingat balik kenangan manis ni mudah. Sebab bila kau ingat balik peristiwa2 manis sepanjang kau berblog, kau akan rasa seronok. Sekaligus kau dapat balik mood berblogging tu.
4th - Tengok trafik blog famous. Bila tengok trafik report blog famous, kau akan rasa tercabar, hati rasa panas. Siapa yang taknak punya trafik blog yang tinggi? Kalau suka-suka berblog lainlah. Berbalik pada point ni. Bila kau rasa tercabar, secara automatik mood berblog tu datang balik dan semangat berblog naik mendadak. Bagi guwa cara ni paling berkesan sebab nilah benda pertama sekali guwa buat bila mood berblogging hilang. Tapi untuk kau, cuba dulu k.
Ada yang kata bila mood berbloging hilang, tinggalkan blog untuk sementara waktu. Bagi guwa tinggalkan blog untuk sementara waktu bagi guwa hanya berkesan bila kau kering idea. Hmm ok cer pratikkan tips ni. Insyaallah dapat membantu.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan