Irma Hasmie Mengandung

on 14 Ogos 2012

Betul, irma hasmie sah mengandung. Bukan salah faham seperti sebelum ini dan disahkan tuan badan, betul irma hasmie hamil. Berkongsi persoalan ini dengan sebuah portal hiburan terkenal tempatan, murai, irma mengakui sudah pun berbadan dua.

irma hasmie mengandung

Kata irma di portal murai -


Memang betul saya sudah mengandung. Usia kandungan saya sudah pun berusia 4 minggu dan akan masuk minggu yang kelima. Cuma sekarang saya rasa tidak sihat dan kerap muntah-muntah. Doktor ada menjelaskan keadaan ini normal untuk perempuan yang mengandung. 


Orang kata bila perempuan berbadan dua, dia kerap mengidam nak makan sesuatu. Setakat ini saya tak mengidam apa-apa tetapi suami pula tiba-tiba kuat mengidam. Tiba-tiba dia jadi kuat makan.

Tahniah diucapkan kepada irma hasmie dan redza di atas berita gembira ini. Harap-harap irma dapatlah menjaga kesihatan beliau sehingga tiba waktu kelahiran. Mesti meriah keluarga irma dengan kehadiran ahli keluarga baru nanti. Sama-sama kita doakan. 
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

syazrin berkata...

wah....tahniah2 buat irma hasmie. makin meriah la keluarga lepas ney :)


01 Februari, 2013
Info terbaru berkata...

hallo saya blogger dari indonesia.
saya ingin bertukar link dengan blog anda..
silahkan pasang www.infoahmadi.com di blog anda.
kalau sudah dipasang, tolong beritakan kepada saya.

please, i hope you will


28 April, 2013

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...