Aaron Aziz Akan Tunjuk Permit Kerja Kalau Diminta

on 15 Mei 2012

"Saya sedia tunjuk permit kerja sekiranya diminta", kata aaron aziz. Ini lanjutan isu vs seniman atau lagi tepat kalau aku kata, zed zaidi seorang je. Heheh. 

Baru-baru ni untuk pengetahuan korang, zed zaidi selaku 'abang besar' seniman mendesak PUSPAL (pusat permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara) memeriksa permit artis-artis luar negara yang bekerja di sini kerana kemungkinan mereka tiada permit bekerja. Ini ialah untuk membanteras kemasukan artis luar negara di malaysia.

Ini respon dari aaron sendiri tentang tindakan seniman ni di mstar :

Saya menganggap tindakan seniman yang ingin membanteras kemasukan artis negara luar yang tidak mempunyai permit bekerja adalah sesuatu yang bagus. 

Tetapi tak adil pula bagi artis seperti saya yang perlu melalui macam-macam perkara untuk berlakon di malaysia termasuklah berhadapan dengan pihak imigresen, sedangkan mereka dah kenal dah saya yang kerap berulang alik ke pejabat mereka. Tapi kalau sekarang mereka nak tengok permit saya pun tak ada hal. Imigresen pun dah kenal saya, sebab banyak kali saya pergi sana tampal permit saya. 

Aku rasa ada betulnya kata aaron aziz. Tapi apa boleh buat kalau dah seniman nak macam tu. Harap-harapnya aaron tak tensyen sangatlah pasal ni sebab tindakan ni aku rasa tak beri sebarang ancaman pun pada karier aaron. Tapi aku ada terfikir jugak, kalau aaoron makin boom lepas ni apa pulaklah tindakan yang akan seniman ambil ek?
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

NDC berkata...

Alaaa biasa lahh cari makan kat tempat org.. macamtu lah gayanya... tak kira lah artis ke tak..


15 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...