Kaedah Terbaik Cegah Kehamilan

on 13 Ogos 2012

Kaedah terbaik cegah kehamilan. Perkara ini selalu difikir oleh isteri yang tidak mahukan zuriat lagi. Jadi, apa kaedah terbaik cegah kehamilan? Ada golongan isteri yang mencuba beberapa cara seperti mengambil perancang dan mengambil suntikan. Namun ini bukanlah cara berkesan dan juga bukan cara sebenar. 

kaedah terbaik cegah kehamilan


Untuk pengetahuan pembaca, cara yang berkesan untuk cegah kehamilan (istilah lain, mengikat peranakan) ialah dengan menjalani pembedahan menutup hubungan dua tiub fallopio yang bersambung ke rahim. Pembedahan ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu cara teropong, atau mini lapatoromi, atau sewaktu melahirkan bayi.

Kaedah menutup laluan tiub fallopio ke rahim pula boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu dengan mengepit sebahagian tiup dengan klip, menggunakan cincin ketat, memotong sebahagian atau seluruh tiub fallopio.

Adakah mereka yang menjalani pembedahan ini terdedah kepada risiko bahaya? Jawapannya tidak. Tetapi setiap pembedahan sebenarnya mempunyai risiko. Namun risiko tersebut tidak semestinya datang dari pembedahan ini. Risiko yang dimaksudkan ialah risiko sampingan seperti alah kepada ubat. 

Sekiranya golongan isteri ingin menjalani pembedahan ini, saya syorkan anda dapatkan dahulu izin dari suami dan dapatkan dahulu pandangan serta nasihat dari doktor pakar.

Rita Rudaini Terima Sms Ugutan Dari Aidil Zafuan

Rita rudaini terima sms ugutan dari aidil zafuan. Kerana kenyataan rita rudaini di melodi, beliau terima sms berbaur ugutan dari aidil zafuan. Mungkin kerana malu, suaminya itu mengugut akan memalukan rita di melodi juga sebaik sahaja beliau tamat menjalani latihan bola sepak di luar negara. 

rita rudaini terima sms ugutan dari aidil zafuan

Kenyataan yang diluahkan rita di melodi ialah beliau memberitahu hatinya sudah tertutup untuk aidil kerana pada beliau suaminya itu tidak lagi matang dan bijak dalam menguruskan rumah tangga. Rita juga mendakwa isu rumah tangganya semakin teruk dan semakin susah untuk diselesaikan kerana pihak ketiga berjaya menghasut suaminya. 

Ini pula penjelasan rita di akhbar mstar online :

Saya ada dapat mesej dari dia. Dalam mesej itu, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan saya di melodi. Mesej itu juga berbentuk ugutan. Katanya, sebaik sahaja latihan bola sepak tamat dia akan tampil di melodi untuk memalukan saya pula. Persoalannya, kenapa dia sakit hati dengan kenyataan saya sedangkan dulu saya tak kecoh pun selepas dia beri kenyataan dalam rancangan itu?

Aku tengok semakin parah isu rumah tangga rita rudaini dan aidil zafuan ini. Memang nampak sangat macam tiada peluang lagi untuk mereka bersama sebagai suami isteri semula. Diharapkan peminat doakanlah yang terbaik untuk mereka. 

Senarai Diskaun Dan Rebat Tol Aidilfitri 2012

on 11 Ogos 2012

Ini ialah senarai tol dalam diskaun dan rebat tol untuk raya aidilfitri 2012 dan untuk sambutan hari merdeka yang ke 55 nanti. Rancangan ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan dekat atau jauh bagi mereka yang akan pulang bercuti di kampung pada hari raya nanti. 

 senarai diskaun dan rebat tol aidilfitri 2012

Untuk hari raya aidilfitril tahun 2012 ini, 24 buah lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan diskaun dan rebat tol dimana peratusnya antara 10 hingga 3.75 peratus selama 4 hari bermula pada 15 hingga 23 ogos. Datuk Seri Shaziman, menteri kerja raya berkata pengguna lebuh raya tahun 2012 bertuah kerana jumlah diskaun dan rebat tersebut merupakan yang tertinggi dari tahun-tahun sebelum ini. 

Beliau ada menyatakan bermula pada 12 hingga 26 ogos, had laju bagi semua jalan persekutuan akan diturunkan ke 80 km/j berbanding 90 k/m j.

Untuk hari kemerdekaan ke 55 nanti, tol percuma untuk 2 buah lebuh raya akan diberikan manakala baki lagi 22 akan memberi diskaun dan rebat sebanyak 10 hingga 30 peratus. 

Semakan Rayuan Ke Ipta 2012

on 10 Ogos 2012

Semakan rayuan ke ipta 2012. Khas untuk pelajar lepasan stpm, matrikulasi, dan asasi, semakan rayuan ke ipta 2012 boleh mula disemak bermula pada 12 ogos 2012 hari jumaat (hari ini), jam 12 tengah hari. Layari laman web rasmi kemasukan ke institut pengajian awam iaitu upu.mohe.gov.my untuk membuat penyemakan. 

semakan rayuan ke ipta 2012


Semestinya calon berdebar untuk mengetahui keputusan rayuan. Sedikit maklumat tentang semakan rayuan tahun ini, hanya calon yang tidak mendapat tawaran ke ipta sebelum ini sahaja (kerana tak setuju dengan tawaran program pengajian luar pilihan dan melibatkan pngk 2.8 ke atas) yang dipilih. 

Calon juga boleh membuat semakan rayuan melalui sms. Taip sahaja UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, calon bolehlah menghubungi talian hotline 03 8870 6767, atau talian helpline 03 8870 6777, atau talian am 03 8870 6755/6766. 

Tahniah kepada calon yang dipilih masuk ke ipta. Semoga berjaya kelak. 

Sharifah Sofia Berhijab Masuk Disko, Dihalau Keluar

Sharifah sofia berhijab masuk disko, terus dihalau keluar. Ya, bukan auta. Sharifah sofia dengan berhijab masuk disko. Ini bukan gosip liar, fitnah, khabar angin atau rekaan. Ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan. 

sharifah sofea berhijab masuk disko

Sharifah memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika dia mengunjungi sebuah disko untuk menghabiskan masanya, perkara biasa yang beliau buat dari sebelum bertudung lagi. Beliau mula rasa pelik apabila kehadirannya di kelab malam pada masa tersebut mengundang rasa tidak selesa kepada pelanggan lan. Tidak lama selepas itu, beliau diminta keluar dari pusat hiburan tersebut. 


"Saya terfikir, apa salahnya wanita bertudung masuk pusat hiburan? Kenapa kehadiran saya dipersoalkan sedangkan saya tidak ambil minuman keras dan tidak buat perbuatan yang tidak senonoh?" kata sharifah di akhbar mstar online.

Katanya lagi, selepas kejadian itu beliau berkongsi pengalaman dihalau dari pusat hiburan tersebut kepada peminatnya di twitter dan mula merujuk satu persatu buku dan internet berkaitan islam. Kemudian barulah beliau faham penghijrahan bukanlah dari segi menjaga penampilan diri (tutup aurat) sahaja, ia termasuk juga menjaga, mengawal tingkah laku dan keinginan dari melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam.  

Gaji Tan Sri Rozali Ismail Bukan RM51 Juta

on 09 Ogos 2012

Gaji tan sri rozali ismail bukan RM51 juta. "Jumlah gaji saya tak sampai pun RM51 juta," kata tan sri rozali ismail. Timbul pula isu tentang gaji beliau. Ada kemungkinan dalam hal ini beliau diftnah oleh pihak-pihak tertentu. 

gaji tan sri rozali ismail

Pada yang tak tahu siapa tan sri rozali, beliau ialah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air selangor (SYABAS). Beliau meminta pihak yang memulakan dan menyebarkan fitnah berhenti berbuat demikian dan rujuk keputusan mahkamah untuk maklumat yang terperinci tentang gaji beliau. 

Belia berkata lagi, SYABAS tidak membayar jumlah gaji sebanyak itu kepadanya, berdasarkan fakta yang dibuat mahkamah. "Rujuk keputusan mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang benar, jelas dan terperinci dari mengambil bulat-bulat kata-kata orang lain," kata beliau lagi. 

Beliau juga sempat memberitahu beberapa kawasan di selangor mula menghadapi masalah gangguan bekalan air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha menangani masalah tersebut. 

Karpal Singh Tolak Hudud

Karpal singh tolak hudud? Kenyataan pengerusi kebangsaan DAP, karpal singh kalau kita tengok seakan-akan tolak hudud. Kenyataan ini dibuat kerana beliau rasa kesal dengan PAS yang tetap mahu melaksanakan hukum tersebut. 

karpal singh tolak hudud

Beliau berkata, PAS tidak bermaksud tidak akan menggunakan hukum tersebut walaupun setiausaha agung PAS, datuk mustafa ali telah menyatakan hudud tidak termasuk dalam buku jingga pakatan pembangkang.

Beliau berkata lagi, hukum hudud hanya boleh diguna untuk negara yang seratus peratus rakyatnya islam, atau lebih tepat lagi, hukum tersebut hanya boleh dilaksana untuk negara islam. Alasan beliau kenapa hukum tersebut tidak boleh dilaksankan di malaysia ialah kerana malaysia negara sekular. Negara sekular harus mempunyai undang-undang sekular. 

"Malaysia merupakan negara sekular, seperti yang diputuskan oleh bekas ketua hakim mahkamah persekutuan, tun salleh abas pada tahun 1988 iaitu negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular," katanya.  

Berdasarkan kenyataan beliau, penolakan karpal singh terhadap hudud sebenarnya bukanlah secara total, keseluruhan. Tapi pada aku, hudud masih boleh dilaksanakan di negara ini, untuk mereka yang beragama islam sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...