![]() |
Klik Header untuk join! |
Soalan Ben Ashaari :
Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Pernah. Tang fizikal tu 1st impression. Masuk bab peribadi barulah aku betul pasti sudah jatuh cinta.
Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Ha'ah. Sebab pasal kesihatan pasangan. Biasanya kurus atau berisi sikit, tahap kesihatan memang ok. Aku taknak la tahap kesihatan pasangan aku 50-50. Lagi 1 sebab aku suka yang kurus atau berisi sikit.
Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Argh damn! Soalan apa ni? Macam umpan je? Hehe. Aku suka bahagian muka =)
Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Ok mungkin betullah. Tapi tang kesihatan macam mana pulak? Kalau jatuh sakit, tak bahagia dah!
Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Hm depends pada individu tu. Ada member aku yang kacak dan cantik tapi bukan kaki perempuan dan materialistik.
Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Lisa Suriani! Heheh. Sebab luaran dan dalaman dia just nice.
Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Alhamdullillah..
Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Pun alhamdullillah. Aku makan macam orang tak makan 10 hari, makan banyak mana pun badan still maintain.. Itu aku suka tu. Heheh
Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Bagi sesetengah orang perlu. Tapi bagi aku pun perlu cuma atas dasar kesihatan diri. Bukan pasal kehendak aku.
Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Hm dari apa yang aku tengok,ada yang ok ada yang tak. Bukti takda sebab aku cuma tengok sekali lalu je. Tak sempat nak carik balik. Hm so kepercayaan aku pada produk-produk ni cuma 50-50.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan