Anzalna Jadi Cover Majalah Cosmopolitan Terbaru

on 16 Ogos 2012

Anzalna jadi cover majalah cosmopolitan terbaru. Lama tak dengar cerita pasal artis ini. Anzalna sekarang jadi cover majalah cosmopolitan terbaru. Pernah heboh beberapa bulan lepas isu beliau bergaduh dengan neelofa. Sekarang beliau sudah boleh tarik nafas lega kerana bebas dari kontroversi.

anzalna jadi cover majalah cosmopolitan terbaru

Selain menampilkan anzalna nasir sebagai cover, pelbagai isi kandungan yang menarik boleh dibaca dalam majalah cosmopolitan terbaru ini. Jadi dapatkan segera di kedai berhampiran sebelum ia habis dijual. Sebelum itu, apa pendapat korang dengan imej terbaru anzalna ini? Seksi?

Suspek Bakar Kekasih Diburu Polis

Suspek bakar kekasih diburu polis. Berita bakar kekasih baru-baru ini mengejutkan kita dan sekarang suspek diburu polis untuk siasatan.

mohd amir bin mohd anuar bakar kekasih

Suspek bernama mohd amir bin mohd anuar berumur 19 tahun diburu polis kerana dia dipercayai terlibat dengan kes bakar kekasihnya awal pagi semalam. Bagi mereka yang mempunyai maklumat tentang suspek, bolehlah menghubungi jabatan siasatan jenayah kuala lumpur ditalian 03-21460522, atau melalui rakan cop ditalian 03-21159999 atau sms POLISKL ke nombor 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran. 

Anak Rini AF7 Kritikal Jatuh Katil

on 15 Ogos 2012

Anak rini af7 kritikal jatuh katil. Sedih rasanya bila mendapat khabar anak rini af7 baru lahir sekarang kritikal sebab jatuh katil. Bayi bernama mariam joanna yang baru berusia seminggu ini sekarang sedang terlantar di wad kecemasan hospital kajang dan tidak sedarkan diri. 

anak rini af7 kritikal jatuh katil

Berdasarkan sumber, mariam lemas akibat jatuh dari katil. Secara jujur, aku tak faham macam mana bayi tersebut boleh lemas. Namun ini hal serius dan mariam sekarang menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Kata rina :

Saya betul-betul sedih dengan keadaan yang menimpa anak sulung kami. Pada malam 10 ogos, saya menyusukan dia dan meletakkan dia di atas katil. Saya tersedar anak saya jatuh dari katil pada pagi esoknya. Masa itu mariam sudah tidak sedarkan diri kerana lemas. Sekarang dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan supaya boleh bernafas. Walaupun pada mulangan saya tidak dapat menerima apa yang dah terjadi, alhamdullillah sekarang emosi saya sudah stabil sedikit. 

Ini semua dugaan. Diharapkan rina af7 dan ahli keluarga yang lain tabah dan bersabar menghadapi ujian ini. Kepada peminat doakan keselematan bayi beliau. 

Irma Hasmie Mengandung

on 14 Ogos 2012

Betul, irma hasmie sah mengandung. Bukan salah faham seperti sebelum ini dan disahkan tuan badan, betul irma hasmie hamil. Berkongsi persoalan ini dengan sebuah portal hiburan terkenal tempatan, murai, irma mengakui sudah pun berbadan dua.

irma hasmie mengandung

Kata irma di portal murai -


Memang betul saya sudah mengandung. Usia kandungan saya sudah pun berusia 4 minggu dan akan masuk minggu yang kelima. Cuma sekarang saya rasa tidak sihat dan kerap muntah-muntah. Doktor ada menjelaskan keadaan ini normal untuk perempuan yang mengandung. 


Orang kata bila perempuan berbadan dua, dia kerap mengidam nak makan sesuatu. Setakat ini saya tak mengidam apa-apa tetapi suami pula tiba-tiba kuat mengidam. Tiba-tiba dia jadi kuat makan.

Tahniah diucapkan kepada irma hasmie dan redza di atas berita gembira ini. Harap-harap irma dapatlah menjaga kesihatan beliau sehingga tiba waktu kelahiran. Mesti meriah keluarga irma dengan kehadiran ahli keluarga baru nanti. Sama-sama kita doakan. 

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Pantun hari raya aidilfitri. Sudah menjadi trend untuk kita menghantar pantun hari raya aidilfitri malam sebelum 1 syawal. Biasanya dihantar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Sampai penuhlah inbox handphone masing-masing. Jadi sini aku nak kongsi 9 buah pantun tersebut. 

pantun hari raya aidilfitri satu malaysia


Anak dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya pula dah tak sempat,
Pakai mms pun kira ok what?


Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadhan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.


Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Tahun ini aidilfitri menjelma lagi,
Pakaian masing-masing cantik lagi berseri.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Lemah lembut tuan puteri,
Kainnya cindai cantik dipandang,
Meriahnya kita sambut aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan cuma hamba sahaja,
Sama-samalah kita menyambut hari raya,
Bermaaf-maaflah kita di hari bahagia.

Aidilfitri hari kemaafan,
menghapus salah sesama insan,
memupuk perpaduan sesam ehsan,
Diikatnya sekali tali keakrapan.

Saidina affan menyusun kata,
Tutur katanya sungguh mulia,
Maaf-bermaafanlah sesama kita,
Di aidilfitri hari yang mulia.

Lapar puasa terketar-ketar,

Bila berbuka lega rasanya,
Minta maaflah kad raya tak sempat dihantar,
Hantar sms pun jadilah ya!

Gambar Terbaru Ayu Raudhah Bertudung

on 13 Ogos 2012

Gambar terbaru ayu raudhah bertudung. Selain daripada shila amzah dan nurul syuhada, nampaknya ayu raudhah juga turut bertudung. Atau maksud lainnya, berhijrah. Tetapi khabar ini masih belum disahkan oleh beliau sendiri, sama ada benar atau tak penghijrahan beliau ini.

gambar terbaru ayu raudhah bertudung

Namun, salah seorang penulis akhbar kosmo bernama diva memberitahu pada keluaran kosmo ahad lepas artis tersebut meminta dia menyediakan tudung untuk sesi fotografi. Tanpa ditanya, ayu raudhah terus memberikan jawapan yang beliau sudah pakai tudung.

Berhijab bukan bersifat sementara tetapi bersifat kekal. Harapnya penghijrahan ayu ini bersifat kekal. Tahun ini memang ramai artis wanita terbuka hatinya untuk bertudung dan jumlahnya semakin meningkat. Alhamdulillah, semoga keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Yusof Haslam Tegur Neelofa

Yusof haslam tegur neelofa. Pengarah terkenal negara, yusof haslam baru-baru ini tegur neelofa iaitu jangan lupa diri. Bila sebut pasal lupa diri, semestinya teguran itu berkaitan dengan sikap pelakon tersebut. Memang banyak betul kontroversi si pelakon ini.

yusof haslam tegur neelofa

Semuanya bermula disebabkan neelofa yang dikatakan tidak ingin bekerjasama mempromosikan filem S.A.M kerana beliau cuma memegang watak kecil sahaja di dalam filem tersebut. Ini membuatkan pemilik dan pengarah urusan skop production, yusof halam mengeluarkan kenyataan jangan lupa diri. 

Lofa juga dikatakan susah untuk dihubungi oleh pihak skop production kerana beliau yang enggan menjawap sebarang panggilan dari produksi tersebut. Disebabkan hal ini, ia melembapkan lagi proses pembikinan filem tersebut. 

Pengurus neelofa, amir meminta semua pihak (peminat, kawan-kawan) tidak membuat sebarang spekulasi sendiri tentang isu ini kerana lofa akan tampil memberikan penjelasan dalam jangka masa yang terdekat ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...