Kaji penulisan, bukan tiru cara penulisan dia

on 14 May 2011

Nak improvekan penyampaian dalam entri, cara dia ialah banyakkan membaca blog-blog yang dah dikenali ramai. Sebab depa tahu macam mana nak bercerita dengan betul dalam entri.

Yang jadi masalah bila tiru penulisan depa tanpa mengkaji. Kalau macam tu kau takkan improve. 

Contohnya blogger tu buat entri pasal dia pergi makan/shopping. Tengok macam seronok je an? Kau pun ikut tanpa kau sedar apa yang blogger tu nak sampaikan sebenarnya dalam entri tu. Disebabkan kau tak perasan, apa yang kau taip tu sebenarnya ialah entri yang kosong takde pengisian.

"Wah sedap gila mee ni!!" - Mana input untuk pembaca?

Sebenarnya apa yang depa buat ialah depa selitkan mesej/info/value atau apa-apa yang bagi kesan pada pembaca. Diaorang akan fikir apa yang pembaca boleh dapat lepas baca entri dia pergi makan/shopping ni. So diaorang akan selitkan :
  • lokasi
  • harga
  • faedah yang kau boleh dapat kalau nak beli produk tu       
Dan diaorang akan cerita dengan se-detail yang boleh point-point tu. Nak kasi lagi best, mungkin depa akan selitkan unsur-unsur lawak ke apa ke. Inilah input untuk pembaca.

Ini yang sepatutnya dikaji. Barulah boleh improve.. Bukan tiru apa dia tulis! Tu silap tu! Hm.. Ada banyak lagi sebenarnya pasal penyampaian ni. Ce kaji ce kaji. Dah dapat cuba fikirkan pulak macam mana nak applykan dalam entri.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...