1 meja bukan takat ada 1 warna

on 14 May 2011

Lepas ping entri kul 12 tadi, aku terus mempersiapkan diri nak chill kat town. Tak sampai setengah jam tunggu bas muka aku dah tercangak depan mapley.

Sebenarnya, impak blogger down semalam masih terasa dalam sanubari ni. Maksud aku, rasa macam malas berblog ini hari. Jadi nak fresh kan fikiran sambil cuci mata. Tak tahulah berkesan ke tak tapi belum cuba belum tahu. Keh keh..

Dipendekkan cerita, tengah sedap melepak tu segerombolan manusia masuk mapley ni.. Aku perhati je. Yang menarik perhatian aku bukan pasal ada cik awek dalam kumpulan tu tapi sebab bukan ada 1 warna je dalam kumpulan tu. Er faham tak perumpamaan tu? Maksud aku, bukan cuma ada melayu je.. Dan diaorang enjoy lepak sesama. Memang rare. Susah nak nampak suasana macam tu.

Biasa kita tengok malay dengan malay je. Then topik perbualan, mesti ada tempias kutuk2 kaum lain. Aku kurang senang dengan orang macam ni. Bukan nak down kan orang kita, tapi mentaliti racist yang memang tebal dalam diri orang kita ni meloyakan tekak aku.

Actually takde alasan untuk bersikap perkauman.. Dalam agama kita sendiri pun dah suruh berbaik sesama insan tak kira bangsa dengan agama. Kalau taknak ikut pun, cuba hangpa fikir, tak dapat apa pun anti2 dengan kaum lain ni.. Kan kan?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...