Lelaki pentingkan rupa je ke?

on 09 Mei 2011

Actionnooz





















Lelaki pentingkan rupa je ke? - keluh cik perempuan. Aku tengok soalan tu berjaya buat sesetengah perempuan moral down. Sebab macam takde lelaki perlukan perempuan yang kekurangan dari segi rupa ni.

Sebagai lelaki, aku boleh cakap lelaki memang suka awek yang cun. Rasulullah S.A.W pun pernah bersabda - "Seorang wanita itu dinikahi kerana 4 sebab : harta, keturunan, kecantikkan dan agama"  Lelaki suka awek yang cun tang muka sebab cantik sesuatu yang indah diamati. Memang lumrah manusia sukakan kecantikkan.

Tapi pendapat aku, kalau nak kata lelaki totally pentingkan rupa je, aku rasa tak. Kalau tengok balik sabda Rasul kita kat atas tu, kalau kau pernah baca sabda rasulullah ni ada sebaris lagi ayat yang missing kan? Ni dia - "Maka hendaklah diutamakan agama, nescaya kamu akan bahagia"  Memang betul pun. Kalau cun sangat tapi pasal agama haprak, bagi lelaki (yang fikirkan longterm relationship) tak guna jugak.

Rupa yang cun ni 1 bonus je bagi lelaki. Kalau dapat yang cun, layan jelah. Kalau tak dapat pun ok je. Kalau tak percaya cuba kau bukak mata luas-luas, tengok sesetengah pasangan yang baru berkahwin.. Ada isteri yang takde rupa pun tapi bahagia je lelaki tu. Baru je kahwin beberapa bulan perut dah buncit. Keh keh.. Mesti kau pernah nampak kan?

Memang tak dinafikan ada lelaki cuma pentingkan rupa je. Lelaki macam ni jenis takde otak bagi aku. Abaikan saje lelaki takde otak ni.

So tak perlu la perempuan risau pasal rupa ni. Mungkin tak sampai seru lagi kot.. Ok ni aku nak tanya. Pendapat korang (lelaki dengan perempuan) dalam hal ni macam mana pulak?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...