Aaron Aziz - Saya Tak Pernah Terima Bayaran Rm10 Ribu

on 29 April 2012

Lepas aaron aziz menang abpbh 2011, macam-macam kontroversi timbul. Baru-baru ni pulak, ada pihak mengatakan dia terima bayaran sebanyak rm10 ribu untuk satu episod drama baru lakonan dia, adam dan hawa. Gila. Tak masuk akal langsung jumlah bayaran tu.


Kata aaron aziz tentang isu bayaran di hmetro :

"Artis popular sebelum ini pun belum ada yang menerima bayaran sebanyak itu. Kalau kita bercakap mengenai telefilem, mungkin boleh dapat tetapi bukan untuk drama bersiri. Bayangkan sekiranya penerbit drama bersiri bayar pelakon RM10,000, selepas dikira balik penerbit pasti tak dapat untung langsung. Bagaimana pula dengan bayaran pelakon lain kerana produksi drama bersiri biasanya besar dan kosnya tinggi. 

Saya tak pernah terima bayaran sebanyak rm10,000. Saya bersumpah atas nama allah. Saya bersyukur kalau ia benar, tetapi itu semua hanyalah mimpi. Industri kita belum lagi sampai ke tahap itu. Rasanya artis yang bernaung di bawah Astro sendiri pun tidak ada yang menerima bayaran sebanyak itu."

Seriously, aku rasa kesian pada aaron aziz pasal isu ni. Kalau tanya aku, aku rasa ini semua spekulasi murah yang dibuat oleh haters. Heharapnya kontroversi macam ni tak menjatuhkan semangat aaron untuk terus menghiburkan penonton dengan lakonan dia. Go aaron!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...