Memaparkan catatan dengan label gosip artis malaysia terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gosip artis malaysia terkini. Papar semua catatan

Anzalna Jadi Cover Majalah Cosmopolitan Terbaru

on 16 Ogos 2012

Anzalna jadi cover majalah cosmopolitan terbaru. Lama tak dengar cerita pasal artis ini. Anzalna sekarang jadi cover majalah cosmopolitan terbaru. Pernah heboh beberapa bulan lepas isu beliau bergaduh dengan neelofa. Sekarang beliau sudah boleh tarik nafas lega kerana bebas dari kontroversi.

anzalna jadi cover majalah cosmopolitan terbaru

Selain menampilkan anzalna nasir sebagai cover, pelbagai isi kandungan yang menarik boleh dibaca dalam majalah cosmopolitan terbaru ini. Jadi dapatkan segera di kedai berhampiran sebelum ia habis dijual. Sebelum itu, apa pendapat korang dengan imej terbaru anzalna ini? Seksi?

Anak Rini AF7 Kritikal Jatuh Katil

on 15 Ogos 2012

Anak rini af7 kritikal jatuh katil. Sedih rasanya bila mendapat khabar anak rini af7 baru lahir sekarang kritikal sebab jatuh katil. Bayi bernama mariam joanna yang baru berusia seminggu ini sekarang sedang terlantar di wad kecemasan hospital kajang dan tidak sedarkan diri. 

anak rini af7 kritikal jatuh katil

Berdasarkan sumber, mariam lemas akibat jatuh dari katil. Secara jujur, aku tak faham macam mana bayi tersebut boleh lemas. Namun ini hal serius dan mariam sekarang menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Kata rina :

Saya betul-betul sedih dengan keadaan yang menimpa anak sulung kami. Pada malam 10 ogos, saya menyusukan dia dan meletakkan dia di atas katil. Saya tersedar anak saya jatuh dari katil pada pagi esoknya. Masa itu mariam sudah tidak sedarkan diri kerana lemas. Sekarang dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan supaya boleh bernafas. Walaupun pada mulangan saya tidak dapat menerima apa yang dah terjadi, alhamdullillah sekarang emosi saya sudah stabil sedikit. 

Ini semua dugaan. Diharapkan rina af7 dan ahli keluarga yang lain tabah dan bersabar menghadapi ujian ini. Kepada peminat doakan keselematan bayi beliau. 

Irma Hasmie Mengandung

on 14 Ogos 2012

Betul, irma hasmie sah mengandung. Bukan salah faham seperti sebelum ini dan disahkan tuan badan, betul irma hasmie hamil. Berkongsi persoalan ini dengan sebuah portal hiburan terkenal tempatan, murai, irma mengakui sudah pun berbadan dua.

irma hasmie mengandung

Kata irma di portal murai -


Memang betul saya sudah mengandung. Usia kandungan saya sudah pun berusia 4 minggu dan akan masuk minggu yang kelima. Cuma sekarang saya rasa tidak sihat dan kerap muntah-muntah. Doktor ada menjelaskan keadaan ini normal untuk perempuan yang mengandung. 


Orang kata bila perempuan berbadan dua, dia kerap mengidam nak makan sesuatu. Setakat ini saya tak mengidam apa-apa tetapi suami pula tiba-tiba kuat mengidam. Tiba-tiba dia jadi kuat makan.

Tahniah diucapkan kepada irma hasmie dan redza di atas berita gembira ini. Harap-harap irma dapatlah menjaga kesihatan beliau sehingga tiba waktu kelahiran. Mesti meriah keluarga irma dengan kehadiran ahli keluarga baru nanti. Sama-sama kita doakan. 

Gambar Terbaru Ayu Raudhah Bertudung

on 13 Ogos 2012

Gambar terbaru ayu raudhah bertudung. Selain daripada shila amzah dan nurul syuhada, nampaknya ayu raudhah juga turut bertudung. Atau maksud lainnya, berhijrah. Tetapi khabar ini masih belum disahkan oleh beliau sendiri, sama ada benar atau tak penghijrahan beliau ini.

gambar terbaru ayu raudhah bertudung

Namun, salah seorang penulis akhbar kosmo bernama diva memberitahu pada keluaran kosmo ahad lepas artis tersebut meminta dia menyediakan tudung untuk sesi fotografi. Tanpa ditanya, ayu raudhah terus memberikan jawapan yang beliau sudah pakai tudung.

Berhijab bukan bersifat sementara tetapi bersifat kekal. Harapnya penghijrahan ayu ini bersifat kekal. Tahun ini memang ramai artis wanita terbuka hatinya untuk bertudung dan jumlahnya semakin meningkat. Alhamdulillah, semoga keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Yusof Haslam Tegur Neelofa

Yusof haslam tegur neelofa. Pengarah terkenal negara, yusof haslam baru-baru ini tegur neelofa iaitu jangan lupa diri. Bila sebut pasal lupa diri, semestinya teguran itu berkaitan dengan sikap pelakon tersebut. Memang banyak betul kontroversi si pelakon ini.

yusof haslam tegur neelofa

Semuanya bermula disebabkan neelofa yang dikatakan tidak ingin bekerjasama mempromosikan filem S.A.M kerana beliau cuma memegang watak kecil sahaja di dalam filem tersebut. Ini membuatkan pemilik dan pengarah urusan skop production, yusof halam mengeluarkan kenyataan jangan lupa diri. 

Lofa juga dikatakan susah untuk dihubungi oleh pihak skop production kerana beliau yang enggan menjawap sebarang panggilan dari produksi tersebut. Disebabkan hal ini, ia melembapkan lagi proses pembikinan filem tersebut. 

Pengurus neelofa, amir meminta semua pihak (peminat, kawan-kawan) tidak membuat sebarang spekulasi sendiri tentang isu ini kerana lofa akan tampil memberikan penjelasan dalam jangka masa yang terdekat ini. 

Rita Rudaini Terima Sms Ugutan Dari Aidil Zafuan

Rita rudaini terima sms ugutan dari aidil zafuan. Kerana kenyataan rita rudaini di melodi, beliau terima sms berbaur ugutan dari aidil zafuan. Mungkin kerana malu, suaminya itu mengugut akan memalukan rita di melodi juga sebaik sahaja beliau tamat menjalani latihan bola sepak di luar negara. 

rita rudaini terima sms ugutan dari aidil zafuan

Kenyataan yang diluahkan rita di melodi ialah beliau memberitahu hatinya sudah tertutup untuk aidil kerana pada beliau suaminya itu tidak lagi matang dan bijak dalam menguruskan rumah tangga. Rita juga mendakwa isu rumah tangganya semakin teruk dan semakin susah untuk diselesaikan kerana pihak ketiga berjaya menghasut suaminya. 

Ini pula penjelasan rita di akhbar mstar online :

Saya ada dapat mesej dari dia. Dalam mesej itu, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan saya di melodi. Mesej itu juga berbentuk ugutan. Katanya, sebaik sahaja latihan bola sepak tamat dia akan tampil di melodi untuk memalukan saya pula. Persoalannya, kenapa dia sakit hati dengan kenyataan saya sedangkan dulu saya tak kecoh pun selepas dia beri kenyataan dalam rancangan itu?

Aku tengok semakin parah isu rumah tangga rita rudaini dan aidil zafuan ini. Memang nampak sangat macam tiada peluang lagi untuk mereka bersama sebagai suami isteri semula. Diharapkan peminat doakanlah yang terbaik untuk mereka. 

Sharifah Sofia Berhijab Masuk Disko, Dihalau Keluar

on 10 Ogos 2012

Sharifah sofia berhijab masuk disko, terus dihalau keluar. Ya, bukan auta. Sharifah sofia dengan berhijab masuk disko. Ini bukan gosip liar, fitnah, khabar angin atau rekaan. Ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan. 

sharifah sofea berhijab masuk disko

Sharifah memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika dia mengunjungi sebuah disko untuk menghabiskan masanya, perkara biasa yang beliau buat dari sebelum bertudung lagi. Beliau mula rasa pelik apabila kehadirannya di kelab malam pada masa tersebut mengundang rasa tidak selesa kepada pelanggan lan. Tidak lama selepas itu, beliau diminta keluar dari pusat hiburan tersebut. 


"Saya terfikir, apa salahnya wanita bertudung masuk pusat hiburan? Kenapa kehadiran saya dipersoalkan sedangkan saya tidak ambil minuman keras dan tidak buat perbuatan yang tidak senonoh?" kata sharifah di akhbar mstar online.

Katanya lagi, selepas kejadian itu beliau berkongsi pengalaman dihalau dari pusat hiburan tersebut kepada peminatnya di twitter dan mula merujuk satu persatu buku dan internet berkaitan islam. Kemudian barulah beliau faham penghijrahan bukanlah dari segi menjaga penampilan diri (tutup aurat) sahaja, ia termasuk juga menjaga, mengawal tingkah laku dan keinginan dari melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam.  

Gambar Terkini Nurul Syuhada Nurul Ain Pakai Tudung

on 09 Ogos 2012

Gambar terkini nurul syuhada nurul ain pakai tudung. Hari ini di rancangan Malaysia Hari Ini, beliau tampil dengan imej bertudung. Terima kasih kepada beberapa pengguna twitter yang updated status tentang imej terbaru beliau. Kalau tak, aku pun tak tahu sebab rumah sewa ini tiada televisyen.



Perkara yang baik mestilah diterima dengan baik. Penghijrahan nurul syuhada pasti diterima dengan baik oleh peminat-peminat beliau. Tapi masih tak dapat dipastikan status penghijrahan beliau ini. Adakah bersifat kekal atau sementara? Harap-harapnya bersifat kekal. 

Kalau kita tengok balik, penghujung tahun 2011 hingga pertengahan tahun 2012 ramai selebriti wanita berhijrah. Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang baik. Semoga lebih ramai selebriti wanita akan terbuka hatinya untuk bertudung selepas ini. 



gambar nurul syuhada nurul ain pakai tudung



Gambar Anak Kedua Dynas Mokhtar

on 08 Ogos 2012

Gambar anak kedua dynas mokhtar ini telah dikongsi sebulan selepas kelahirannya. Nama anak kedua dynas ini ialah mohamed haqaish. Selamat dilahirkan pada 15 jun lepas, keluarga dynas sekarang boleh dikatakan lengkap dengan seorang anak perempuan (sulung) dan seorang anak lelaki.


Haqaish memang comel kan? Rasa macam nak peluk dia lepas tengok gambar ini. Diharap haqaish akan membesar bak johan. Kepada dynas dan suami, tahniah diucapkan kerana kehadiran orang baru ini. Semakin meriahlah keluarga anda selepas ini. Layan lagi beberapa keping gambar mohamed haqaish :



gambar anak kedua dynas


Gambar Meera Isteri Ketiga Tauke Raja Lawak

on 07 Ogos 2012

Mungkin ini gambar meera isteri ketiga tauke? Berdasarkan sumber, wanita dalam gambar ini dikatakan meera isteri ketiga tauke. Pada peminat yang tidak tahu, tauke raja lawak sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini. Ini diakui oleh tuan punya badan sendiri.

gambar meera isteri ketiga tauke


Mungkin disebabkan tiada jodoh, perkahwinan pertama dan kedua tauke tidak bertahan. Untuk perkahwinan pertama, mereka bercerai dan untuk isteri kedua pula masih lagi menunggu keputusan cerai dari mahkamah. Sedikit info tentang rumah tangga ketiga beliau, mereka berkahwin di thailand. Tetapi sekarang, sudah hampir sebulan meera dan tauke tidak tinggal bersama. 

Diakui sendiri oleh tauke, rumah tangga ketiga beliau sekarang sedang berdepan dengan masalah.

Sumber gambar : ohbulan.com

Gambar Terbaru Shila Amzah Pakai Tudung

Gambar terbaru shila amzah pakai tudung. Bersempena bulan ramadhan ini, shila amzah mengambil keputusan untuk bertudung. Tapi masih tak diketahui adakah penghijrahan yang beliau lakukan ini bersifat kekal atau sementara sahaja. 

gambar shila amzah pakai tudung


Tapi pada aku walaupun masih tak diketahui penghijrahan beliau ini bersifat kekal atau sementara, ini sebenarnya satu permulaan yang baik untuk shila. Serius cantik kan? Beliau juga telah menukar display picture beliau kepada bertudung di twitter miliknya. Pada peminat, doakan supaya hati shila terbuka untuk berhijrah sepenuhnya kelak. Lagi beberapa gambar beliau : 








Gambar Erra Fazira Di Majlis Berbuka Puasa Astro

on 06 Ogos 2012

Ini dia gambar erra fazira diambil di majlis berbuka puasa astro baru-baru ini. Erra fazira antara artis yang hadir di majlis berbuka puasa astro. Aku kagum dengan erra. Walaupun dah berusia, tapi beliau masih lagi boleh maintain cantik. Kalau kita tengok dia depan mata, mesti kita akan tefikir umur dah menjangkau 40-an pun masih lagi cantik.

gambar erra fazira di majlis berbuka puasa astro

Layankan lagi lima gambar erra fazira di majlis berbuka puasa astro dibawah.







Gambar Rozita Che Wan Terbaru Bergaya Turban

on 04 Ogos 2012

Gambar rozita che wan terbaru mengenakan gaya turban ini diambil bersempena majlis berbuka puasa anjuran astro. Yang mana tetamu yang hadir ke majlis itu hampir kesemuanya artis. Apa pun, selepas diteliti gambar-gambar ini haruslah diakui yang rozita ialah seorang artis yang pandai mencuri perhatian orang lain dalam berfesyen. 

gambar rozita che wan fesyen turban

Memang cantik dan rasanya rozita berjaya menjadi tumpuan dengan fesyen turban ini pada majlis tersebut. Tapi kalau tanya aku, rasanya mungkin rozita che wan akan kelihatan lebih cantik dan lebih menawan sekiranya turban itu digantikan dengan tudung. Insyaallah satu hari nanti mungkin kita boleh tengok kakak rozi mengenakan tudung pula? Lagi beberapa gambar terbaru beliau dengan fesyen turban :





Gambar Erin Malek Dan Teman Lelaki

Gambar terbaru erin malek dan teman lelaki! Di sini ada beberapa gambar erin malek bersama teman lelaki diambil dari sebuah blog tempatan. Sebelum ini erin pernah dilihat menghadiri satu majlis amal bersama lelaki ini.

gambar terbaru erin malek dan teman lelaki

Ketika ditanya oleh deel dari majalah mangga, erin malek mengatakan lelaki yang bernama walid ini ialah kekasih hatinya. Erin juga mengakui walid ialah seorang yang penyayang dan amat memahami kerjaya erin sebagai pelakon. 

Tahniah diucapkan kepada erin dan walid. Semoga hubungan mereka ini berakhir ke jinjang pelamin. Lagi beberapa gambar mereka bersama -




Gambar Abby Abadi, Memey Dan Norman Hakim Berbuka Puasa

on 02 Ogos 2012

Alhamdulilllah. Gambar abby abadi, memey suhaiza dan norman hakim berbuka puasa bersama ini mungkin dapat menutup segala kontroversi tentang abby sebelum ni. Hampir 4 tahun bermusuh dengan memey, akhirnya abby mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan mereka dengan menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama.

gambar abby, memey dan norman berbuka puasa

Kita tahu macam mana porak porandanya rumah tangga abby dan norman sebelum ni. Ditambah pulak dengan kehadiran memey, memang bertambah panas kisah rumah tangga abby. Tapi mungkin disebabkan abby akhirnya rasa tiada gunanya jika dibiarkan rasa tidak puas hati kekal bersarang dalam hati, abby mengambil keputusan untuk berbaik dengan mereka. 

Gambar ini dimuat naik ke twitter abby abadi. Serius aku terharu tengok gambar mereka berbuka puasa bersama. Ditambah pulak dengan status twitter abby iaitu mereka bersembahyang bersama dengan di imamkan oleh norman, aku terus tersenyum sampai ke telinga. Tahniah diucapkan kepada abby atas apa yang beliau lakukan ini. Lagi gambar :




Hafiz Af Kena Saman RM200 Ribu

on 31 Julai 2012

Hafiz af kena saman RM200 ribu? Ya itulah perkembangan terbaru hafiz af, kena saman RM200 ribu oleh seorang penasihat jual kenderaan. Berdasarkan laporan dari utusan, nur haniza mohd azhar, seorang penasihat penjual kenderaan baru sahaja memfailkan saman terhadap hafiz kerana mencederakan beliau.

hafiz af7 kena saman

Sebab hafiz disaman ialah kerana nur haniza mendakwa penyanyi awan nano itu mencederakan beliau pada tahun lalu. Melalui keterangan yang terdapat dalam tuntutan nur haniza, pada 17 mei tahun lepas beliau didatangi hafiz dan dikatakan penyanyi itu memaksa beliau untuk berjumpa dengan penyanyi itu secara paksa ketika beliau sedang menguruskan pentas untuk rancangan salih yaacob.

Pada mulanya nur hafiza menolak ajakan hafiz dengan cara baik tetapi penyanyi tersebut bertegas mahu berjumpa dengan beliau kerana ada hal yang penting untuk dibincangkan. Dan ketika beliau berlalu pergi sambil menuruni tangga, hafiz dikatakan bertindak agresif dengan menolak beliau ketika menuruni tangga sehingga terjatuh. 


Macam tak percaya pula aku. Kalau tengok dari orangnya, takkan hafiz sampai tergamak tolak perempuan itu sampai terjatuh? Apa-apa pun berita ini cuma perkembangan terawal. Nantikan pula respon dari hafiz tentang kes ini. 

Gambar Liyana Jasmay Di New York

Khas buat peminat liyana jasmay, ini gambar terbaru beliau di new york. Macam yang kita tahu, selepas beliau bertunang beberapa bulan lepas, beliau telah mengatakan pada pihak media yang beliau akan berangkat ke new york.

gambar liyana jasmay di new york

Pada yang tak tahu kenapa liyana ke sana, tujuannya ialah kerana beliau menyertai kursus pendek dalam bidang lakonan dan pengarahan di new york film academy. Beliau akan tinggal di new york selama 6 bulan bersama ibu dan ayahnya.

Liyana jasmay dijangka pulang semula ke malaysia pada bulan januari 2013 dan majlis pernikahan beliau bersama fathuddin mazlan akan diadakan pada 23 januari 2013. Lagi beberapa gambar beliau di new york :






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...