Sharifah sofia berhijab masuk disko, terus dihalau keluar. Ya, bukan auta. Sharifah sofia dengan berhijab masuk disko. Ini bukan gosip liar, fitnah, khabar angin atau rekaan. Ini diceritakan sendiri oleh tuan punya badan.
Sharifah memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika dia mengunjungi sebuah disko untuk menghabiskan masanya, perkara biasa yang beliau buat dari sebelum bertudung lagi. Beliau mula rasa pelik apabila kehadirannya di kelab malam pada masa tersebut mengundang rasa tidak selesa kepada pelanggan lan. Tidak lama selepas itu, beliau diminta keluar dari pusat hiburan tersebut.
"Saya terfikir, apa salahnya wanita bertudung masuk pusat hiburan? Kenapa kehadiran saya dipersoalkan sedangkan saya tidak ambil minuman keras dan tidak buat perbuatan yang tidak senonoh?" kata sharifah di akhbar mstar online.
Katanya lagi, selepas kejadian itu beliau berkongsi pengalaman dihalau dari pusat hiburan tersebut kepada peminatnya di twitter dan mula merujuk satu persatu buku dan internet berkaitan islam. Kemudian barulah beliau faham penghijrahan bukanlah dari segi menjaga penampilan diri (tutup aurat) sahaja, ia termasuk juga menjaga, mengawal tingkah laku dan keinginan dari melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam.
{ 2 ulasan... read them below or add one }
sangat x manis la bila pakai tudung masih masuk disko lagi..mengundang imej buruk pada pemakai dan menjejaskan kesucian hijab itu sendiri
10 Ogos, 2012
nama pon disko.. yang 'cerdik' sgt gi msuk tu wat ape?
15 Ogos, 2012
Catat Ulasan