Cuti umum pada 17 ogos 2012 untuk hari raya aidilfitri tahun ini iaitu pada hari jumaat telah disahkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Cuti ini khas untuk sekolah yang cuti pada hari sabtu dan ahad. Bawah ini ialah screen shot surat dari kementerian pelajaran malaysia tentang cuti kali ini.
Tujuan cuti umum ini diumumkan ialah untuk memudahkan mereka yang menyambut hari raya pada 19 ogos nanti untuk pulang ke kampung masing-masing lebih awal kerana hari raya tahun ini dijangka akan menyebabkan kesesakan jalan raya 3 kali ganda dari tahun-tahun sebelum ini.
Jadi sebagai salah satu cara penyelesaian, sekolah-sekolah diberi cuti umum supaya murid-murid dan keluarga masing-masing dapat pulang ke kampung lebih awal.
Pihak sekolah diminta menggantikan cuti umum ini pada 22 september 2012. Tentang cuti berganti pada 15 dan 16 ogos, pihak kerajaan telah bersepakat tidak membenarkan cadangan cuti berganti pada tarikh tersebut.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan