Kaedah terbaik cegah kehamilan. Perkara ini selalu difikir oleh isteri yang tidak mahukan zuriat lagi. Jadi, apa kaedah terbaik cegah kehamilan? Ada golongan isteri yang mencuba beberapa cara seperti mengambil perancang dan mengambil suntikan. Namun ini bukanlah cara berkesan dan juga bukan cara sebenar.
Untuk pengetahuan pembaca, cara yang berkesan untuk cegah kehamilan (istilah lain, mengikat peranakan) ialah dengan menjalani pembedahan menutup hubungan dua tiub fallopio yang bersambung ke rahim. Pembedahan ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu cara teropong, atau mini lapatoromi, atau sewaktu melahirkan bayi.
Kaedah menutup laluan tiub fallopio ke rahim pula boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu dengan mengepit sebahagian tiup dengan klip, menggunakan cincin ketat, memotong sebahagian atau seluruh tiub fallopio.
Adakah mereka yang menjalani pembedahan ini terdedah kepada risiko bahaya? Jawapannya tidak. Tetapi setiap pembedahan sebenarnya mempunyai risiko. Namun risiko tersebut tidak semestinya datang dari pembedahan ini. Risiko yang dimaksudkan ialah risiko sampingan seperti alah kepada ubat.
Sekiranya golongan isteri ingin menjalani pembedahan ini, saya syorkan anda dapatkan dahulu izin dari suami dan dapatkan dahulu pandangan serta nasihat dari doktor pakar.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan