Memaparkan catatan dengan label info-info menarik dan unik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info-info menarik dan unik. Papar semua catatan

Pantun Hari Raya Aidilfitri

on 14 Ogos 2012

Pantun hari raya aidilfitri. Sudah menjadi trend untuk kita menghantar pantun hari raya aidilfitri malam sebelum 1 syawal. Biasanya dihantar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Sampai penuhlah inbox handphone masing-masing. Jadi sini aku nak kongsi 9 buah pantun tersebut. 

pantun hari raya aidilfitri satu malaysia


Anak dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya pula dah tak sempat,
Pakai mms pun kira ok what?


Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadhan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.


Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Tahun ini aidilfitri menjelma lagi,
Pakaian masing-masing cantik lagi berseri.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Lemah lembut tuan puteri,
Kainnya cindai cantik dipandang,
Meriahnya kita sambut aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan cuma hamba sahaja,
Sama-samalah kita menyambut hari raya,
Bermaaf-maaflah kita di hari bahagia.

Aidilfitri hari kemaafan,
menghapus salah sesama insan,
memupuk perpaduan sesam ehsan,
Diikatnya sekali tali keakrapan.

Saidina affan menyusun kata,
Tutur katanya sungguh mulia,
Maaf-bermaafanlah sesama kita,
Di aidilfitri hari yang mulia.

Lapar puasa terketar-ketar,

Bila berbuka lega rasanya,
Minta maaflah kad raya tak sempat dihantar,
Hantar sms pun jadilah ya!

Kaedah Terbaik Cegah Kehamilan

on 13 Ogos 2012

Kaedah terbaik cegah kehamilan. Perkara ini selalu difikir oleh isteri yang tidak mahukan zuriat lagi. Jadi, apa kaedah terbaik cegah kehamilan? Ada golongan isteri yang mencuba beberapa cara seperti mengambil perancang dan mengambil suntikan. Namun ini bukanlah cara berkesan dan juga bukan cara sebenar. 

kaedah terbaik cegah kehamilan


Untuk pengetahuan pembaca, cara yang berkesan untuk cegah kehamilan (istilah lain, mengikat peranakan) ialah dengan menjalani pembedahan menutup hubungan dua tiub fallopio yang bersambung ke rahim. Pembedahan ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu cara teropong, atau mini lapatoromi, atau sewaktu melahirkan bayi.

Kaedah menutup laluan tiub fallopio ke rahim pula boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu dengan mengepit sebahagian tiup dengan klip, menggunakan cincin ketat, memotong sebahagian atau seluruh tiub fallopio.

Adakah mereka yang menjalani pembedahan ini terdedah kepada risiko bahaya? Jawapannya tidak. Tetapi setiap pembedahan sebenarnya mempunyai risiko. Namun risiko tersebut tidak semestinya datang dari pembedahan ini. Risiko yang dimaksudkan ialah risiko sampingan seperti alah kepada ubat. 

Sekiranya golongan isteri ingin menjalani pembedahan ini, saya syorkan anda dapatkan dahulu izin dari suami dan dapatkan dahulu pandangan serta nasihat dari doktor pakar.

Senarai Diskaun Dan Rebat Tol Aidilfitri 2012

on 11 Ogos 2012

Ini ialah senarai tol dalam diskaun dan rebat tol untuk raya aidilfitri 2012 dan untuk sambutan hari merdeka yang ke 55 nanti. Rancangan ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan dekat atau jauh bagi mereka yang akan pulang bercuti di kampung pada hari raya nanti. 

 senarai diskaun dan rebat tol aidilfitri 2012

Untuk hari raya aidilfitril tahun 2012 ini, 24 buah lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan diskaun dan rebat tol dimana peratusnya antara 10 hingga 3.75 peratus selama 4 hari bermula pada 15 hingga 23 ogos. Datuk Seri Shaziman, menteri kerja raya berkata pengguna lebuh raya tahun 2012 bertuah kerana jumlah diskaun dan rebat tersebut merupakan yang tertinggi dari tahun-tahun sebelum ini. 

Beliau ada menyatakan bermula pada 12 hingga 26 ogos, had laju bagi semua jalan persekutuan akan diturunkan ke 80 km/j berbanding 90 k/m j.

Untuk hari kemerdekaan ke 55 nanti, tol percuma untuk 2 buah lebuh raya akan diberikan manakala baki lagi 22 akan memberi diskaun dan rebat sebanyak 10 hingga 30 peratus. 

Lokasi Baskin-Robbins Seluruh Malaysia, Aiskrim Percuma

on 08 Ogos 2012

Senarai lokasi baskin-robbins seluruh malaysia. Jangan ketinggalan, dapatkan aiskrim percuma dari baskin-robbins hari ini. Peluang merasa aiskrim mahal dari jenama terkenal ini mungkin hanya muncul sekali dalam seumur hidup.

aiskrim percuma baskin-robbins

Pada yang tertanya-tanya kenapa baskin robbins beri aiskrim percuma ialah kerana sebagai tanda mereka  menghargai kesungguhan dan segala usaha para atlet negara yang beraksi di olimpik 2012 bagi mendapatkan pingat emas untuk malaysia. Tawaran ini hanya sah untuk 8 ogos 2012 (hari ini) bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam. 

Jadi sini aku kongsikan lokasi-lokasi cawangan baskin robbins malaysia supaya mudah untuk korang ke sana  nanti. 

1. Kuala lumpur

- Mid valley megamall
- Bangsar
- Leisure mall
- Mont kiara
- Berjaya times square
- AU2 ampang
- AEON alpha angle

2. Selangor

- Jaya jusco klang
- Tescho puchong
- Taipan
- 1-utama shopping centre - new wing
- Sunway piramid
- Sungai buloh, north south expressway
- Overhead bridge restaurant
- Up town
- Subang parade
- Centrepoint

3. Putrajaya

- Alamanda

4. Melaka

- Mahkota parade
- Jusco melaka
- Ayer keroh northbound, southbound rest & service areas (RSA)

5. Johor

- Permas jaya
- Tebrau city
- Taman molek
- Machap
- Cafe baskin robbins city square
- Bukit indah
- Wetex parade
- Johor premium outlets

6. Perak

- Kinta city
- Tapah northbound, southbound rest & service areas (RSA)
- Aeon ipoh station 18

7. Penang

- Burma road
- Sungai dua
- Queensbay mall
- 1st avenue mall
- Jusco seberang perai

8. Pahang

- First world hotel
- Genting highlands
- East coast mall

9. Kedah

- Langkawi

Untuk alamat yang lebih jelas untuk setiap lokasi, layari web baskin-robbins.

Contoh Resume Bahasa Melayu Terbaik

on 06 Ogos 2012

Ini ialah contoh resume bahasa melayu yang terbaik setakat ini. Bagi yang tengah mencari contoh resume bahasa melayu terbaik, bolehlah jadikan artikel ini sebagai panduan. Dengan adanya resume yang padat dan lengkap, akan mencerahkan lagi peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan. 

contoh resume terbaik

Ini butir-butir dalam gambar resume tersebut. Anda cuma perlu ubah nama, alamat, maklumat peribadi, pendidikan, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan kemahiran :

Nicholas azizan
No.2, jalan mata kuching
45000 kuala selangor
Selangor darul ehsan

Objektif dan matlamat kerjaya

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

Maklumat peribadi

Nama penuh : Nicholas azizan
Umur           : 20 tahun
Tarikh lahir   : 30 jun 1984
Bangsa        : Melayu
No K/P       : 8xxxxxx-xxxx-xxxx
Warganegara : Malaysia

Maklumat pendidikan

Institusi : Universiti malaya kuala lumpur
Bidang pengajian : Ijazah sarjana muda teknologi maklumat
Kelulusan : Kelas kedua kepujian
Tamat pengajian : Julai 2007

Institusi : Universiti malaya kuala lumpur
Bidang pengajian : Matrikulasi
Kelulusan : Lulus
Tamat pengajian : Julai 2003

Institusi : Sekolah datuk abdul razak
Bidang pengajian : Sijil pelajaran malaysia
Kelulusan : Gred 1
Tamat pengajian : Julai 200

Penglibatan aktiviti kokurikulum

Wakil sekolah pertandingan catur, 1998
Wakil pasukan bahas sekolah peringkat negeri, 1999
Setiausaha kehormat badan pengawas sekolah, 2000
Naib pengerusi kelab kembara universiti malaya 2006

Kemahiran

Boleh bertutur dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik
Boleh menulis dengan baik dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
Mahir menggunakan applikasi komputer

Bayar Zakat Fitrah Melalui Sms

on 03 Ogos 2012

Bayar zakat fitrah dengan melalui sms ialah cara terbaru dan terpantas dimana kita tak perlu pergi ke kaunter untuk bayar zakat fitrah.

Sebenarnya boleh dikatakan sebahagian besar dari mereka yang beragama islam tidak menunaikan kewajiban ini dengan alasan terlupa atau tiada masa untuk ke kaunter bayar zakat. Dengan adanya kemudahan terbaru ini, tiada lagi alasan bagi kita untuk tidak menunaikan kewajiban ini dengan menggunakan alasan lapuk seperti terlupa dan tiada masa lagi.

Tapi cara bayar terbaru ini hanya untuk kepada pengguna celcom sahaja buat masa ini. Bagi pengguna celcom yang ingin membuat pembayaran zakat melalui sms, ikuti tutorial dalam gambar di bawah ini :
















Sekiranya usia dan status kewangan anda membolehkan anda untuk melaksanakan rukun islam keempat ini, maka laksanakanlah. Jangan ditinggalkan tuntutan ini sekiranya anda mahu allah memberkati hidup anda.

Hukum Ajak Suami Isteri Tonton Video Lucah

on 13 Julai 2012

Apakah hukum ajak suami atau isteri tonton video lucah? Rata-rata pasangan suami isteri yang menonton video lucah akan jawap 'untuk belajar'. Aku rasa keadaan ini kemungkinan besar dah jadi mandat bagi sesetengah pasangan suami isteri yang beragama islam di negara ini. Persoalan dia sekarang, apa hukum dia dalam islam? Haram atau diharuskan? 

hukum ajak suami isteri tonton video lucah

Berdasarkan blog zaharuddin.net, ada seorang pembaca yang mengajukan soalan ini pada ustaz zaharuddin, admin blog tersebut : 

Ustaz, saya nak tahu hukum mengajak pasangan menonton video lucah untuk mempelajari cara melakukan seks. Dalam kes saya, saya ajak isteri saya. Isteri saya tak berapa pandai dalam teknik bersetubuh dan satu lagi tujuan ialah untuk merangsang nafsu dia dahulu sebelum kami melakukan hubungan intim. Macam mana ustaz?

Jawapan : Hukumnya haram walaupun niatnya baik. Haram kerana :

1. Islam mengharamkan umatnya melihat aurat orang lain lebih-lebih lagi bahagian sulit mereka. Bila menonton video lucah, sudah tentu anda dan isteri akan nampak aurat mereka.

2. Islam juga tidak menggalakkan suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya. Dengan hukum ini, bermakna melihat kemaluan pelakon di dalam video tersebut lagilah ditegah di dalam islam.

3. Video-video ini dilakonkan oleh mereka yang bukan beragama islam jadi sudah tentu cara mereka melakukan seks berlawanan dengan disiplin hubungan intim yang diterapkan dalam islam. Ini termasuklah mendatangi pasangan dengan cara yang diharamkan. Jadi meniru teknik-teknik ini adalah haram.

Satu contoh di sini, islam tidak menggalakkan suami isteri terang-terangan bertelanjang bogel bila bersama sepertima yang disebutkan dalam terjemahan hadith ibn majah - "Apabila kamu bersama, janganlah kamu telanjang bogel." (Maksudnya, perlu pakai selimut.)

4. Dikhuatiri anda dan pasangan akan terbayang pelakon-pelakon video lucah tersebut ketika sedang melakukan hubungan intim. Sekiranya terbayang, ianya jatuh dalam haram perkara lain. 

5. Nabi SAW melarang kita menceritakan perkara sulit orang lain. Sebagaimana terjemahan sabda nabi SAW - "janganlah seorang isteri menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya sehingga suaminya melihat aurat wanita itu".  

Kesimpulannya, haram tonton video lucah untuk menaikkan nafsu syahwat pasangan atau sekadar bertujuan untuk belajar. Beli sahaja buku panduan seks dalam islam yang menunjukan lukisan bergambar posisi-posisi hubungan intim sekiranya ingin belajar. 

Harga Sony Xperia Neo L Malaysia

on 12 Julai 2012

Info harga sony xperia neo l malaysia! Model terbaru telefon bimbit sony xperia neo l ini boleh didapati dengan harga serendah Rm 888. Dengan harga yang memang cantik (murah dan mampu dimiliki oleh semua orang), semestinya peminat telefon bimbit dah tak sabar nak sambar satu nanti. 

harga sony xperia neo l malaysia

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sony letak harga murah untuk model ini sedangkan minggu lepas untuk xperia go, harga pasaran malaysia ialah Rm 999. Kemungkinan besar harga yang murah ini ialah salah satu langkah untuk menarik lagi ramai pembeli.

Berbalik pada topik, pada yang tertanya-tanya spesifikasi xperia neo l, ia mempunyai skrin seluas 4 inci, 2 kamera iaitu kamera di depan dan kamera di belakang. Untuk kamera di belakang, ia dilengkapi dengan lensa 5 megapixel. Selain dilengkapi dengan cip pemprosesan 1Ghz, grafik adreno 205, dan xLoud audio, ia turut dilengkapi dengan android paling terbaru iaitu android 4.0. Spesifikasi ni pada aku memang sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Pada yang berminat, ini ada satu berita baik. Telefon bimbit ini boleh didapati di pengedar rasmi sony di seluruh negara bermula esok. 

Top 10 Senarai Universiti Terbaik Di Dunia

on 07 Jun 2012

Top 10 senarai universiti terbaik di dunia! Pihak times higher education baru-baru ini mengeluarkan senarai top 10 universiti terbaik dunia. Sebenarnya pihak mereka mengeluarkan senarai top 100 tapi aku ambil 10 je sebab rasanya top 10 ni barulah yang betul-betul terbaik dan cemerlang.

universiti terbaik di dunia


















Untuk makluman, senarai kedudukan pengajian tinggi dari times higher education ini ialah salah satu rangka data dalam perbandingan prestasi universiti yang paling dihormati dan paling disebut di dunia. Tapi bukan atas faktor tu je. Antara aspek lain yang dinilai ialah pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan usaha memperkembangkan taraf ipta ke luar negara. 

Senarai ini pada aku boleh dirujuk pada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di luar negara sebab ranking kedudukan kat gambar tu menunjukkan mana satu pengajian tinggi yang berpengaruh dan cemerlang (bergantung pada course yang akan diambil bakal pelajar jugak). 

Kedudukan universiti paling cemerlang jika dilihat pada jumlah kuota ialah di UK yang mencatat kuota yang paling tinggi (145) dengan kehadiran melebihi jumlah kehadiran pelajar di universiti negara lain. University of York menduduki tempat ke-8, diikuti Lancaster University di tempat ke-9 dan University of East Anglia di tempat ke-10. 

Harga Hantaran Perkahwinan Ikut Taraf Pendidikan

on 04 Jun 2012

Harga hantaran perkahwinan mengikut taraf pendidikan! Dulu lain sekarang lain. Sekarang taraf pendidikan penentu harga hantaran. Bawah ini ialah antara harga hantaran yang sesuai mengikut akademik seseorang perempuan, yang dibincangkan di laman sosial facebook baru-baru ini.

harga hantaran ikut kelulusan

HARGA HANTARAN WANITA MENGIKUT TARAF AKADEMIK

UPSR dan PMR : RM2000 - RM4000
SPM : RM4000 - RM8000
STPM dan Diploma : RM8000 - RM 12000
Ijazah : RM12 000 - RM 15000
Ijazah Sarjana : RM 15 000 - RM20 000
Ijazah Kedoktoran : RM20 000 - RM 30 000

*Pada aku ini semua mengarut. Tapi kalau korang dah sayang sangat kat girlfriend korang dan memang dah rancang nak berkahwin dengan dia, maka jadi lembulah korang bekerja kumpul duit untuk hal yang sia-sia ni. Heh.

Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan Kplspm 2012

Info semakan tentang keputusan permohonan maktab perguruan kplspm sesi 2012. Kepada yang lulus sesi temuduga kplspm sebelum ini, korang bolehlah membuat menyemak keputusan permohonan dengan melayari portal web kementerian pelajaran malaysia. Segala maklumat yang perlu korang tahu ada kat situ. Tarikh semakan bermula pada 5 jun 2012. 

Kat bawah ni aku ada sediakan pautan link ke portal web kementerian pelajaran malaysia. Korang cuma perlu klik je pautan link tu dan korang akan dibawa ke web tersebut. 

Klik link sebelah ni -> Aplikasi permohonan program perguruan

Juga aku nak minta pertolongan korang dengan klik button share atau like pada artikel ini supaya calon yang yang membuat permohonan seperti korang tahu bagaimana cara untuk semak keputusan mereka. Tolong ye?

*Update 5 jun 2012 : Pada korang yang tertanya-tanya kenapa tak boleh semak keputusan di aplikasi permohonan tu, sebenarnya semakan ditangguhkan ke 11 jun 2012 dan waktu semak ialah selepas jam 2 petang. Aku sendiri pun baru je dapat tahu berita ni lepas merujuk pada beberapa sumber. Pihak kpm ni pun satu, bagitahu ler kat laman web semakan program ni ditangguhkan. Aduh..

Tips Penjagaan Muka

on 03 Jun 2012

Tips penjagaan muka! Ikuti beberapa amalan yang boleh korang ikuti dibawah untuk tips penjagaan muka yang betul. Sebenarya ramai tak sedar, penjagaan muka adalah penting tidak kira untuk wanita mahupun lelaki. Muka yang bersih, bebas jerawat dan tidak berminyak pastinya diimpikan oleh setiap orang. Malah secara tidak langsung muka yang bersih akan membuat kita lebih yakin dan berketrampilan bila berhadapan dengan orang.

penjagaan wajah

TIPS PENJAGAAN MUKA

Sebelum kita mula, mungkin ramai yang risau dengan kos untuk hal-hal macam ni. Mungkin tu sebabnya ada yang tak ambil port langsung dengan keadaan muka sendiri. Sebenarnya, korang tak perlu risau pasal kos sebab tips ni menggunakan bahan-bahan yang boleh di dapati di dapur rumah. Memang murah banget!

Mencerah, menghalus dan melicinkan kulit 

Ambil sebiji timun (dibuang kulit) kemudian kisarkan. Selepas itu tapiskan dan sapu ke kulit muka. Kemudian biarkan sekurang-kurangkan 20 minit. Lepas itu basuh muka dengan air. Seeloknya di amalkan sebelum tidur. Atau korang juga boleh menggunakan kentang yang dikupas kulitnya dan dibasuh sehingga bersih. Campurkan dengan putih telur dan lumurkan pada muka. Biarkan kering. Lepas itu baru basuh dengan air. Atau korang juga boleh gunakan air beras. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak beberapa sudu. Lumurkan ke muka ketika ia masih suam. Biarkan kering dan basuh sehingga bersih.

Tangani masalah jerawaat dan hilangkan parut jerawat 

Beras pulut di kisarkan. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan serbuk yang halus. Ambil sedikit serbuk yang telah di tapis tadi dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh sehingga bersih. (Boleh juga di gantikan dengan kacang hijau) Tips ini mudah diamalkan cuma perlukan kerajinan dalam diri. Yang penting pastikan kita minum air yang secukupnya setiap hari agar kulit wajah tidak kering dan kusam. Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah. 

Kurangkan atau elak dari memakan makanan ringan

Kata orang dulu-dulu, mencegah lagi elok dari mengubat. Kita dah sedia maklum makanan ringan dibuat dengan menggunakan pelbagai bahan-bahan yang bahan. Sebagai contoh, pewarna, perasa tambahan, minyak yang memang tak bagus untuk badan dan muka. Jadi kalau boleh, kurangkan dan elakkan terus dari memakan makanan ringan. Sekarang kalau korang tengok belakang pack makanan ringan, mesti tertera kat situ ada vitamin a, b, c lepas tu ada zat besi lah.. Jangan percaya! Mengarut semua tu. 


*Tips ini mudah untuk diamalkan cuma kena rajinlah. Nak atau tidak je. Yang penting air masak jangan mesti minum setiap hari supaya kulit wajah tak nampak kering dan kusam. Dan jangan lupa senyum selalu sebab senyuman itu penyeri wajah.

Sumber diolah semula dari : Puteri Kasih

Sejarah Kewujudan Nasi Lemak

on 01 Jun 2012

Sejarah kewujudan nasi lemak! Tak tahu pulak aku folio sejarah memerlukan murid huraikan asal usul nasi lemak. Dulu masa aku sekolah, takde pulak kena cari sejarah pasal nasi lemak ni. Hehe. Back to topic. Siapa pengasas dan dari mana asalnya? Bawah ini aku ada sediakan sedikit info yang mungkin boleh membantu tentang nasi lomak ni.

sejarah nasi lemak

ASAL USUL NASI LEMAK

Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama mak kuntum dan seri. Suami mak kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sebab itu mak kuntum terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, mak kuntum keluar untuk mencari pelanggan. 

Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian seri mendapat idea. Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. 

Mula-mula seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.

Pada waktu tengahari, mak kuntum pulang kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. “Apa kau masak ni, seri?” Jawapan seri : “Nasi ler! Mak!” jawab seri berulang kali. Mak kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”. 

Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI LEMAK.

*Bodohnya sejarah nasi lemak ni. Heheh. Lantaklah. Yang penting harapnya info ni boleh membantulah ye.

Sumber diolah semula dari : Ammboi

Model Perodua Sedan Terbaru?

on 31 Mei 2012

Model perodua sedan terbaru? Ikuti laporan dari harian metro tentang khabar perodua keluarkan model sedan (bezza 2012).

perodua sedan

Perusahaan Otomobil Perodua berkemungkinan besar akan mempelbagaikan lagi model kategori sedan  untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagaimanapun Perodua masih mengkaji kemungkinan untuk mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini. 

“Ini adalah idea saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd di Rawang, semalam.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan itu. Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik. “Ia agak mahal untuk membina kereta jenis terbabit dan kami tidak mempunyai teknologi dan fasiliti penyelidikan serta pembangunan mengenainya,” katanya.  

Sementara itu, di bawah MoU berkenaan Perodua membeli 25.6 hektar tanah di Serendah daripada UMW Corporation bernilai RM16.7 juta bagi pembinaan fasiliti baru dan untuk pengembangan prasarana sedia ada. Fasiliti terbabit adalah masjid, pusat penjagaan kanak-kanak, mini gimnasium, lapangan letak kereta tambahan dan prasarana utiliti.

Sumber : Harian Metro

Semakan ILKA Dan TEVT 30 Mei 2012

on 30 Mei 2012

Info semakan tentang ilka dan tevt 30 mei 2012 lepasan spm! Artikel khas kepada yang memohon ilka dan tevt. Sekiranya korang ada buat permohonan untuk ke salah satu institut tersebut, semakan keputusan sudah boleh disemak bermula pada hari ini, 30 mei 2012. Semakan boleh dibuat di laman web kementerian pengajian tinggi malaysia dan korang cuma klik pautan link yang aku sediakan dibawah untuk ke laman web tu.

Klik = Link web kementerian pengajian tinggi malaysia

Korang jugak boleh menyemak keputusan permohonan melalui sms :

Taip UPU TEVTILKA [NOKP] dan hantar ke 15888.

Bantuan talian (Hotline) 03-88706767 (Helpline) 03-8870677.

Pemohona cuma boleh menyemak keputusan pada hari ini dan untuk mencetak surat tawaran boleh dibuat bermula pada 4 jun 2012.

Cuepacs : Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah

on 27 Mei 2012

Cuepacs : Penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri? Kongres kesatuan (cuepacs) mendapati 60% penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri. Jika pendapatan mereka bawah RM3,000 sebulan dan terutamanya jika penjawat awam tersebut tinggal di lembah klang.

Setiausaha kewangan cuepacs jaapar mansor berkata, jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam, keadaan ini akan berterusan. "Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini mesti diturunkan kepada 1 peratus," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Jaapar jugak berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini. "Walaupun ia bukan tuntutan utama cuepacs namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya. 

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya. Sementara itu, beliau berkata, cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu. 

Tablet 1Malaysia Pad

on 26 Mei 2012

Tablet 1Malaysia Pad!! Ini aku sediakan sedikit review ringkas berkenaan tablet 1malaysia pad hasil ciptaan maltechpro sdn bhd. Persoalan dia sekarang ini, mampukah produk ini menandingi tablet buatan negara luar yang sememangnya lebih maju dan lebih dipercayai oleh pencinta gadget tempatan?

tablet 1malaysia pad

Review/Spesifikasi tablet 1malaysia pad :

- Harga RM999 untuk 999 orang terawal yang membeli. 
- Lebar skrin 7 inci
- Menggunakan applikasi terkini dan dilengkapi fungsi skrin sesentuh 
- Kemudahan 1Malaysia Messenger - aplikasi seperti whatsapp dan bbm (berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara). 
- Sistem operasi : Android Gingerbread 
- Kamera belakang 3.0 megapixel. 
- Kamera depan 0.3 megapixel. 
- Bateri li-polymer sebesar 4000mAH. 
- Boleh menggunakan memori tambahan (kad mikro-SD) sehingga 32GB. 
- Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa diberi diskaun sekiranya membeli tablet ini. 

Dari survey yang aku buat pasal produk ini, ramai kata luaran dia macam tablet produk dari china (failed!). Rasanya tablet ini mungkin sesuai untuk mereka yang tak punyai bajet lebih tapi gatal jugak nak pakai tablet. Teknologi yang ditawarkan pun aku rasa memang sesuailah dengan harga dia. Apa-apa pun sebelum beli, fikirkan tablet mana yang betul-betul sesuai dengan keperluan korang. Last sekali check poket, tepuk dada dan tanyalah selera.

Bahaya Tidur Dalam Kereta Ketika Cuaca Panas, Aircond Terpasang

on 04 Mei 2012

Bahaya tidur dalam kereta ketika cuaca panas dengan penghawa dingin (aircond) terpasang - Lima ahli keluarga di johor bahru yang sering tidur dalam kereta ketika cuaca panas ditemui mati didalam kereta  di jalan serangkai 4 taman bukit dahlia, masai kelmarin. Dipercayai tidur dalam kereta antara punca kematian mereka. 

Difahamkan tabiat tidur dalam kereta itu dilakukan untuk keselesaan kepada mereka sekeluarga untuk tidur, namun tidak menyangka menjadi antara punca kematian lima beranak berkenaan. Malah, ketika ditemui, lima beranak itu tidur bersama bantal, malangnya keadaan tertutup dipercayai menyebabkan gas beracun memasuki kereta. 

Superintendan roslan zainuddin ketua polis daerah seri alam berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku. Laporan bedah siasat dijalankan semalam masih belum dapat mengetahui punca sebenar kematian berikutan sampel darah, air kencing dan beberapa contoh lain lima beranak itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen beberapa jam selepas tidur dalam kereta dengan penghawa dingin dihidupkan. 

Sumber diolah semula (tanpa mengubah maksud artikel) dari : Hmetro

Gambar : 49 Peserta Bersih 3.0 Diburu Polis

on 03 Mei 2012

49 peserta bersih 3.0 diburu? Gambar ada dibawah. Berdasarkan sumber, mereka-mereka ni dikehendaki oleh pihak polis.


Ni pulak kenyataan dari mynewshub :

Kepada yang mempunyai maklumat, diminta tampil memberi maklumat atau hubungi asisten superintendan Azmi Aziz di nombor 019-2602344 dan 019-3872344 atau menerusi emel azmiaziz@rmp.gov.my.


Adakah korang termasuk dalam list yang diburu ni?

Ubat Penyakit Diabetis : Pemanis Nano

Ubat penyakit diabetis : Pemanis Nano - Norras resources sdn bhd meletakkan jualan sehingga 50,000 botol produk pemanis pati tebu pertama dunia dikenali sebagai Sure Sweet. Pengarah pemasarannya berkata, produk berkenaan berfungsi menggantikan gula dipercayai dapat membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa perlu bimbang mengenai peningkatan gula dalam darah. 

“Sure Sweet telah melalui kajian selama lima tahun dan tidak seperti gula di pasaran, produk ini adalah daripada pati tebu dan air yang diperoleh melalui teknologi nano dan ia tidak memerlukan bahan pengawet atau bahan kimia untuk mengekalkan rasa manis."

“Ia tidak berfungsi seperti gula yang hanya memberi rasa manis kepada makanan atau minuman sebaliknya Sure Sweet membekalkan tenaga melalui rasa manis dihasilkan tanpa sebarang risiko dan selamat digunakan golongan yang menghidap diabetes,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro. 

Sure Sweet boleh digunakan sehingga 300 titisan dan ia bersifat menyahkan lebihan rasa manis pada makanan atau minuman. Untuk bulan pertama, norras resources meletakkan sasaran jualan 50,000 botol dan meningkat kepada 100,000 botol pada bulan kedua serta giat mencari ejen jualan di setiap negeri.

Sumber diolah semula (tanpa ubah maksud artikel) dari : Hmetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...