Model Perodua Sedan Terbaru?

on 31 Mei 2012

Model perodua sedan terbaru? Ikuti laporan dari harian metro tentang khabar perodua keluarkan model sedan (bezza 2012).

perodua sedan

Perusahaan Otomobil Perodua berkemungkinan besar akan mempelbagaikan lagi model kategori sedan  untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagaimanapun Perodua masih mengkaji kemungkinan untuk mengeluarkan kereta sedan pada masa terdekat ini. 

“Ini adalah idea saya. Jika ada peluang dan dibenarkan oleh rakan kongsi dan pemegang saham kami, ini adalah apa yang kami ingin lakukan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Perodua Sales Sdn Bhd dan UMW Corporation Sdn Bhd di Rawang, semalam.

Dipercayai Perodua mungkin akan bekerjasama dengan UMW Holdings Bhd untuk mengeluarkan model sedan itu. Aminar bagaimanapun berkata, Perodua tidak berminat untuk melabur dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik. “Ia agak mahal untuk membina kereta jenis terbabit dan kami tidak mempunyai teknologi dan fasiliti penyelidikan serta pembangunan mengenainya,” katanya.  

Sementara itu, di bawah MoU berkenaan Perodua membeli 25.6 hektar tanah di Serendah daripada UMW Corporation bernilai RM16.7 juta bagi pembinaan fasiliti baru dan untuk pengembangan prasarana sedia ada. Fasiliti terbabit adalah masjid, pusat penjagaan kanak-kanak, mini gimnasium, lapangan letak kereta tambahan dan prasarana utiliti.

Sumber : Harian Metro
Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

Unknown berkata...

cunnya ..tapi tak ada ke bayangan kereta tu ? hehe...makin lama makin menerjah power kereta malaysia ni


31 Mei, 2012
Tanpa Nama berkata...

Berkemungkinan model tu adalah perodua bezza, model yg di ambil platform dari toyota prius..tp ia bukan model hibrid berkemumgkinan menggunakan enjin sedia ada yg d pertingkatkan..jika berjaya di pasarkanknn ia akan mnjadi model saingan hebat kpd proton krn kita tahu perodua adalah pengeluar yg berkualiti..,bagaimanapun semua ini memberi persaingan sihat di dalam permotoran automatif negara & menguntungkan kita kerana ada byk pilihan utk membeli model sedan yg ditawarkan di pasaran negara kita


31 Mei, 2012
Tanpa Nama berkata...

Mengikut rakan sy yg bekerja di perodua bkata berkemungkinan model tersebut diambil dr model konsep perodua Bezza..,model ini di ambil dr platform toyota Prius..,tetapi bukan dipasarkan utk hibrid tetapi menggunakan enjin sedia ada yg dipertingkatkan sesuai dgn keadaan ekonomi di m'sia..,model ini akan memecah trdisi perodua yg sebelum ini hanya fokus kpd model2 kompak..,ia bakal memberi saingan yg hebat kpd model proton yg sedia ada..,semua ini akan wujudkn persaingan sihat didlm perusahaan automatif negara, ia memberi kelebihan kpd kita yg boleh mbuat byk pilihan utk memiliki model sedan dr
model sedia ada..


31 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...