Cuepacs - Gred Kumpulan Pertanian, Teknikal Tetap Bawah Ssm

on 31 Mei 2012

Cuepacs - gred kumpulan pertanian, teknikal tetap dibawah ssm? Kongres cuepacs mahu gred kira-kira penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan saraan baru perkhidmatan awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan. 

Presidennya, Datuk omar osman berkata tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan. 

Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17. Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik gred J17 dinaik taraf kepada gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan gred G17 dinaik taraf kepada gred G27. 

Beliau berkata cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan. Selain itu, katanya, cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat, dikecualikan.

Sumber : Ammboi
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...