Blogger baru - jangan cepat berpuas hati

on 29 Mei 2011

Sekadar berkongsi pengalaman. Untuk blogger baru, jangan cepat berpuas hati dengan apa yang blog kau dapat capai sekarang ni. Bila kau cepat berpuas hati, secara automatik kau akan berada dalam zon selesa - serius ini bahaya.

Apsal aku kata bahaya? Sebab berada dalam zon selesa akan membuatkan kau hanyut dan malas.. Take note ini takde kena mengena dengan 'tak bersyukur'. Ni hal lain.

1 contoh kat sini bila trafik harian kau dah melebih target yang kau nak, then terus kau tinggalkan blog tak ber-update. Hm hari ni blog kau dapat kaut banyak hasil lumayan.. Tapi esok? Lusa? Macam mana pulak? 

Puas?? Memang puas.. Tapi ingatlah apa yang kita dapat capai hari ni, esok, lusa, tulat cuma sebahagian kecil dan untuk sementara SAJA..

Untuk kekalkan, itulah yang patut kita fikir dan buat.. Takkan dapat dicapai kalau kau terus berada dalam zon selesa. Jangan hanyut! Jangan berhenti berusaha. Teruskan berblog macam biasa.. Jangan hanya kerana kejayaan yang ciput, kau rasa kau dah hebat sampai tak payah berblog dah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...