Sasha Elite Dan Salyo Bercerai

on 10 Julai 2012

Sasha elite dan bekas suami, salyo priyanto akhirnya sah bercerai hari ini jam 2.55 petang tadi seperti yang dilaporkan oleh mstar. Agak terkejut juga bila dapat tahu pasal ni sebab sebelum ni tak kedengaran pun sasha dan bekas suami berdepan dengan masalah kemelut rumah tangga. 

sasha elite dan salyo cerai talak satu

Selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan cara baik, salyo melafazkan cerai talak satu pada sasha di mahkamah rendah syariah gombak jam 2.55 petang tadi. Mahkamah mengesahkan lafaz itu dan sasha akan menjalani tempoh edah bermula dari 10 julai hingga 10 oktober 2012 bermula hari ini. Kata salyo :

Berat hati ini untuk melafazkan cerai. Tapi mungkin ini keputusan yang terbaik untuk kami berdua dan semoga kami mendapat yang terbaik dari keputusan ini.

Walaupun sasha dan salyo sedih dengan keputusan ini, mereka tetap dengan keputusan untuk tidak lagi bersama setelah 5 tahun bergelar suami isteri kerana menurut mereka tiada lagi perasaan kasih sayang dan persefahaman antara mereka dan kerana masalah rumah tangga yang tak berkesudahan. 
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

Dalam paper ada mengatakan, puncanya adalah masalah kewangan & salyo sukar mendapat pekerjaan di sini


11 Julai, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...