Tips kembalikan mood bekerja :
Sehari sebelum start kerja
1. Paling penting, masa cuti tu jangan ingat kita dah bebas, tak perlu kerja lagi. Sentiasa ingatkan diri kita cuti sekadar nak rileks kan minda untuk sementara waktu je. Jangan over enjoy.
2. Malam sebelum masuk hari isnin, standby apa-apa yang patut yang berkaitan dengan kerja korang. Macam iron pakaian kerja korang, kemas-kemas fail ke. Ni supaya mental kita ready untuk hari esok.
Hari pertama kerja
3. Bangun je dari tido, jangan fikir sesuatu yang negatif. Kalau boleh kosongkan minda, lapangkan dan tenangkan fikiran. Cuba ceria-cerita skit waktu pagi.. Supaya mood tak terganggu.
4. Elakkan konflik kerja (macam salah faham dengan kawan 1 opis, kerja tak siap ke)
5. Jangan anggap kerja tu sesuatu yang menyusahkan. Chill lah. Petang kang kau balik rumah jugak.
So try dan amalkan k? Confirm takde rasa malas-malas lagi dah lepas ni! Insyaallah!
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan