Kelantan Cuti 20 Mei 2012

on 14 Mei 2012

Kelantan cuti 20 mei 2012 - Berita baik untuk penduduk negeri kelantan kerana kerajaan umumkan cuti pada tarikh seperti yang aku nyatakan kat atas. Untuk apa cuti ni? Pada yang tak tahu, cuti ini ialah sempena perlawanan pasukan sime darby fc vs kelantan di final piala FA nanti.

Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat kelantan atas sokongan padu kepada skuad bojan hodak dalam misi The Red Warriors merebut piala fa buat kali pertama. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cuti itu diberi supaya menyenangkan penyokong pergi ke stadium nasional bukit jalil tanpa rasa ragu-ragu kerana meraka akan cuti esoknya.

“Selain itu, kami memikirkan keselamatan penyokong sendiri. Kita tidak mahu selepas tamat perlawanan, mereka pulang dalam keletihan untuk bekerja keesokan harinya (Ahad),” katanya pada sidang media, semalam. Beliau juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang menjejaskan imej, dan nama baik negeri kelantan.

*Sumber diolah semula dari : Berita harian
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...