Kalau korang kisah pasal trafik, silalah tukar link dengan cara yang betul

on 21 Disember 2010

Sesiapa yang ada blog, memang takkan lari dari istilah tukar link ni. Mana-mana je blog yang kid masuk, mesti ada 1 bahagian khas untuk tempatkan pertukaran link ni. Bagi yang betul-betul freshie lagi, tukar link ni salah 1 cara untuk promosi entri baru dan blog kita. Lagi banyak pertukaran link, lagi bagus. Sebab apa? Sebab makin banyak link blog kita di blog orang lain, makin tinggi peluang untuk trafik masuk ke blog kita.

Tapi persoalan sekarang ni, betul atau tak cara kita betukar, tempatkan, dan promosi pertukaran link tu?
                                                __________________________________



Korang rajin tukar-tukar link, sampai dah banyak dah link. Kita kena ingat, tukar-tukar link ni sama je macam promosi. Yang mintak tukar link dan menerima permintaan tukar link kena saling bantu-membantu. Jadi cara tu kenalah betul. Kalau sekadar tempatkan link, tapi takda orang singgah tak berbaloi rasanya. Maaf kalau ada reader yang terasa. Macam tu jugak kalau tempat tukar link tak diletakkan di tempat yang strategik. Buatkan trafik susah nak tengok. Kadar trafik untuk terus berada dalam blog pun main peranan yang penting. Trafik nak ke kekal dalam satu-satu blog yang lembap loadingnya dan widget yang bersepah?


                                       _______________________________________


Jadi sini kid listkan pula jalan-jalan penyelesaian yang boleh kita guna sama-sama. Untuk manfaat kita yang berblogging :

  • Tempatkan link di tempat yang mudah untuk dilihat : Mana-mana tempat yang korang rasa baguslah untuk link tu dilihat trafik. Kebiasaanya, link-link ni ditempatkan kat sidebar. Ikut citarasa masing-masing as long as link-link tu mudah untuk dilihat. Macam korang letak nuffnang ads. Kenapa nuff suruh letak ads kat bahagian yang mudah untuk dilihat? Cuba fikirkan.
  • Buatkan trafik berada dalam blog untuk tempoh yang lama : Ha yang ni luas skopnya. Dari segi template, warna template, blog cepat loading, takda widget bersepah, takda lagu autoplay. Cuba perhatikan blog tu.. Blog lambat loading tak? warna template menyakitkan mata tak? Template cantik tak? Banyak widget tak? Lagu autoplay? Majoriti trafik memang anoyying dengan benda-benda ni. Bila trafik berada dalam blog kita untuk tempoh yang lama, kemungkinan untuk trafik terjah pulak link-link tu adalah tinggi.
  • Jangan letak semua link dalam 1 tempat : Kalau dah banyak link, pecah-pecahkan link tu ikut bahagian. Contohnya macam blog ben tu. Ada berapa sidebar untuk tempatkan link kat situ? Jawapan untuk soalan ni mudah. Kalau dah banyak link dalam 1 tempat, akhirnya jadilah macam ping-ping site. Sekejap je entri korang dah hilang. Lainlah kalau idea korang tak pernah kering. Sentiasa je post entri baru.
  • Guna widget blog list : Sila gunakan widget ini untuk pertukaran link. Sebab widget ni bukan sekadar tunjukkan nama blog, tapi update terbaru dari blog tu. Ada yang kid tengok guna widget link list. Orang tak kenal pun siapa kita.. Lainlah kalau kita ni macam Hanis zulaikha tu ke. Letak je link blog, memang laju je trafik klik.  
  • Tajuk entri main peranan penting : Tajuk kenalah menarik. Berdasarkan percubaan kid sendiri, tajuk yang menarik dapat buatkan trafik untuk klik link entri blog. Kalau tajuk tak menarik, takda trafik langsung. Kebiasaanya tajuk-tajuk macam lucah sedikit memang trafik klik punya. Tapi lain ceritanya kalau korang dah dikenali ramai. Apa-apa je yang korang post memang trafik klik.
  • Saling bekerjasama : Ni pun penting. Trafik setiap blog mestilah berada dalam keadaan yang bagus. Makin tinggi makin bagus sebab peluang untuk trafik klik link yang ditukar tu bertambah.
                                             ____________________________________


Jadi tulah dia tips tukar-tukar link ni. Sekali lagi kid ingatkan, tukar-tukar link ni sama je macam promosi. Jadi cara promosi tu kenalah betul untuk dapat hasil yang bagus. Ada apa-apa cadangan dari korang tak?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...