Lelaki-lelaki perlu tahu kriteria yang gadis nak

on 21 Disember 2010

Lelaki cerewet, gadis-gadis pun cerewet. Gadis-gadis memang dikenali dengan sikap cerewet dia. Hasil dari pemerhatian, ada 2 kategori cerewet kat sini : untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kalau jangka masa pendek ni, kriteria yang gadis-gadis nak adalah duit atau kekasihnya sekadar dijadikan ubat untuk dia lupakan kegagalan bercinta dulu. Ya ini fakta. Kebiasannya hubungan macam ni tak berkekalan pun.

Kita tolak ketepi cerewet untuk jangka masa pendek ni. Kita masuk yang jangka masa panjang punya. Actually, tak semua gadis-gadis ni terlalu cerewet yang kita sangka. Ada lelaki yang sampai jadi cuak, pandang rendah kat diri sendiri sebab nampak je gadis yang berkenan dalam hati, dalam kepala dia mesti fikir macam ni : " siapalah aku ni nak usha dia.. Rupa takda, duit takda " . Ish lelaki-lelaki janganlah fikir macam tu ya. Gadis-gadis ni pun manusia, macam kita jugak. Bukan alien. Jadi tak perlulah rasa rendah diri. Rasa rendah diri tu memanglah penting tapi biarlah berpada-pada.

Kenapa jangka masa panjang? Sebab kriteria-kriteria yang gadis-gadis ni nak dapat membantu dia menggambarkan layak ke tak bakal kekasih dia jadi teman hidup dia dan memberi sedikit 'clue' pada si gadis tentang lelaki yang akan menjadi pembinging dia 1 hari nanti. Gadis-gadis memang berhati-hati dalam bab ni sebab sekali terluka, memang derita jawapnya. Pengalaman-pengalaman pahit yang lepas pun mendorong ke arah ni.

                                   ____________________________________________


Jadi lelaki-lelaki, sini kid listkan point-point  kriteria yang gadis-gadis nak :
  • Suruhan tuhan yang pertama : Bermakna segala suruhan tuhan dia akan utamankan dulu berbanding benda-benda lain. Kriteria macam ni lah kan, menunjukkan lelaki tu berpegang pada agama dia. Bukan sekadar islam dari nama. Inilah yang rata-rata gadis harapkan. Lelaki akan membimbing isteri dan anak-anak bila dah berumah-tangga nanti. Kalau lelaki kantoi bab ni, gadis-gadis rasa serba salah nak lanjutkan relationship tu ke alam berumah-tangga nanti.
  • Lupakan ego : Lelaki ni kebiasaanya dikaitkan dengan ego. Susah nak mengaku dan terima kesalahan/pandangan orang lain. Kalau girlfriend bagi pandangan tentang korang, susah ke nak cakap " thanks sayang! " ? Ringkas dan mudahlah. Kalaulah ada 1 hari tu, korang dah buat salah kat girfriend korang, janganlah beratkan mulut cakap " Mintak maaf, saya yang bersalah ". Bukan susah pun. Kenapa nak keras kepala? Tak kemana pun dengan keras kepala tu. Silap-silap nanti kalau nampak girlfriend keluar pegang tangan dengan lelaki lain, tepuklah dahi sendiri. Kalau lelaki pandai kawal sikap ni, gadis-gadis akan menganggap korang ni seorang yang fleksibel. Tak payah fikir jauh.. Korang suka ke dengan orang yang taknak terima pandangan/kesalahan sendiri?
  • Seksi : Bukan perempuan je seksi. Lelaki pun seksi tahu. Haha. Ada banyak definisi seksi seorang lelaki pada perempuan. Definisi seksi seorang lelaki yang umumnya ada 2, imej dan sikap. So korang sentiasalah perihatin dengan imej dan sikap korang. Rambut kalau berkutu, ada kelimumur, tolonglah rajin bersyampu. Tak sanggup i.. Tengok kat tepi bahu, berlambak kepingan-kepingan putih. Muka berminyak? Sila survey pencuci muka di farmasi. Jangan jadikan malas atau takda duit sebagai alasan. Ketiak/badan berbau? Gadis-gadis paling tak suka dengan bau-bau macam ni. Memang dah fitrah gadis-gadis yang dicipta sebagai makhluk yang cenderung pada kecantikkan dan kebersihan. Jadi lelaki yang ada masalah bau ni, gunalah deodrant dan segala macam perfume yang mampu korang beli. Banyak lagi aspek yang boleh kid bagi tapi korang pun dapat agakkan? Kalau sikap pulak, banyak sangat sebenarnya. Muhasabahlah diri untuk kenal pasti sikap negatif korang. Dah dapat tu buang jauh-jauh.
  • Hiburkan hati pasangan : Sense of humor. Maksudnya korang ni seorang yang lawak. Gadis-gadis suka dengan lelaki yang boleh hiburkan hati dia. Tak percaya, korang tanyalah mana-mana gadis. Tapi janganlah korang buat lawak plastik pulak ye. Memang takkan jadi punya. Lawak spontan yang mahal sebenarnya. Lagi 1, hiburkan hati pasangan tak terletak kepada buat lawak je. Cuba fikir luas sedikit. Korang main gitar sambil nyanyi lagu jiwang untuk si gadis-gadis pun boleh diaorang terhibur jugak, betul tak?
  • Tak mengongkong : Gadis-gadis tidak suka dikongkong, dikawal hidupnya oleh lelaki. Belum lagi berkahwin, dah nak kena mintak izin untuk buat itu, buat ini. Ada yang kid tengok, nak bercapakap dengan lelaki lain pun jadi dihalangnya. Walhal lelaki tu saudara gadis tu sendiri je. Common sense sedikit lelaki oi.. Kalau korang pun mesti tak suka hidup dikongkong. Lelaki ni bila dah terlalu sayang, sifat mengongkong ni akan mencanak-canak dalam diri. Tapi pandai-pandailah kawal. Mengongkong biarlah kena cara, alasan yang relevan, dan ikut keadaan.. Ini kalau dah gadis-gadis nak lepak dengan teman bergosip pun korang halang, jangalah menangis kalau dapat text " Selamat tinggal " dari si gadis. Kalau jadi macam tu, padan muka hang!
                                         ____________________________________________



So tulah dia antara kriteria-kriteria yang gadis cari pada lelaki. Biasanya caring, jujur, terima si gadis seadanya dijadikan kriteria. Jadi kid liskan point-point lain yang boleh lelaki jadikan rujukan. Moga korang bahagia ya.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...