Minimakan internal link untuk keselesaan pembaca

on 01 Mac 2011

Internal link ni macam plugin link within, related post, highlight link macam ni atau apa-apa je yang berkaitan dengan link yang menghubungkan ke page lain. Internal link ni bagus untuk tingkatkan pageview. Kalau ada BE masa ni, memang bertambahlah earning tu. 

Lagi 1, objektif internal link ialah cuba buatkan pengunjung stay lama sedikit kat blog kita. Bukan takat baca 1 entri lepas tu blah. Tapi kalau terlalu banyak, aku rasa objektif tu takkan tercapai.


Contohnya highlight link (aku panggil highlight link je) yang aku sebut kat atas tu. Kalau terlalu banyak, agak menyusahkan pembacalah.. Sebabnya, katakanlah ada 1 entri yang best kita tengah baca.. Entri tu pulak terlalu banyak highlight link tu. Kita pun klik link tu dan keluar entri lain. Kat entri tu pun ada lagi highlight link tu. Lepas tu kita klik lagi.

Sudahnya, kita pening nak hadam banyak maklumat dan tak dapat fokus lagi kat entri mula-mula tadi. Pernah jadi kat aku, aku terus pangkah je blog tu. Cuba korang cari blog macam ni dan cuba buat macam aku cakap tu. Memang kita pening punya.

Cara yang berkesan untuk applykan highlight link tu pada pandangan aku, jangan buat lebih dari 3 link. Tak kiralah entri tu pendek atau panjang ke. Motif dia untuk buatkan pengunjung rasa selesa bila berada kat blog kita. Bila pengunjung rasa selesa, kemungkinan besar untuk dia stay lama kat blog kita tinggi. Pageview pun makin meningkat.



++++++++++++++++++


Aku faham kita cuba nak maksimumkan keuntungan dari BE ads tapi jangan kita lupa pasal keselesaan trafik yang berkunjung ke blog kita. Sama jugak macam kita. Kalau kita tak selesa dengan blog tu, memang kita terus blah kan?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...