Untuk blogger yang baru buat blog : Cara senang tarik trafik

on 01 Mac 2011

Masa mula-mula blogging dulu, cara yang paling common nak dapat trafik, blogwalking. Kalau bz, tak dapat blogwalking, hati gundah gulana dan mula bermuram durja. Tapi sampai 1 tahap tu, kita sendiri perasan, takkan asyik nak blogwalking je sebagai sumber trafik? Penat oii....

Jadi dari pengalaman sendiri, aku nak cadangkan beberapa cara untuk tarik trafik. Er entri ni khas untuk blogger yang memang baru dalam blogging ye.. Yang dah lama tu, boleh pangkah atau baca je popular post sebelah ni.


  • Facebook : Aku rasa majoriti blogger mesti ada facebook. Kalau takda baik buat 1. Fb ni tempat terbaik untuk promosi entri kita. Apa yang korang kena ada selain facebook : friends yang ramai dengan button share kat entri. Setiap kali korang publish entri baru, jangan lupa share ke fb. Aku sarankan korang buat jugak entri untuk bukan blogger. Macam isu semasa ke. Pembaca = trafik. Jadi jangan buat entri untuk blogger je. Kalau bukan blogger tengok entri yang korang share tu, diaorang takkan masuk ke blog korang pun sebab diaorang tak berminat. So perluaskan lagi skop penulisan tu.
  • Ping dan submit entri : Tujuan dia untuk tempatkan entri kita kat section 'Popular post'. Macam kat Innit dengan gengblogger. Tapi cara macam ni tak selalu menjadi. Kena pandai fikirkan tajuk entri yang menarik perhatian pembaca. Kalau tak diaorang takkan klik. Tapi kalau tajuk lucah memang orang klik. Ceh..
  • Link to this post : Manfaatkan jugak function ni. Korang boleh jumpa function ni kat bawah button comment. Motif link to this post ni, untuk korang tepekkan link entri korang. Tapi biasanya blogger guna function ni kalau entri yang dibaca tu, lebih kurang sama dengan entri dia. Apa-apa cuba dulu. Cara ni berkesan kalau blog tu sentiasa ada pembaca.

                                                                  +++++++++++++++++

3 cara ni je dah cukup untuk dapat trafik tanpa perlu blogwalking macam nak mampus. Dijamin berkesan.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...