Pantun Hari Raya Aidilfitri

on 14 August 2012

Pantun hari raya aidilfitri. Sudah menjadi trend untuk kita menghantar pantun hari raya aidilfitri malam sebelum 1 syawal. Biasanya dihantar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Sampai penuhlah inbox handphone masing-masing. Jadi sini aku nak kongsi 9 buah pantun tersebut. 

pantun hari raya aidilfitri satu malaysia


Anak dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya pula dah tak sempat,
Pakai mms pun kira ok what?


Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadhan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.


Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Tahun ini aidilfitri menjelma lagi,
Pakaian masing-masing cantik lagi berseri.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Lemah lembut tuan puteri,
Kainnya cindai cantik dipandang,
Meriahnya kita sambut aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan cuma hamba sahaja,
Sama-samalah kita menyambut hari raya,
Bermaaf-maaflah kita di hari bahagia.

Aidilfitri hari kemaafan,
menghapus salah sesama insan,
memupuk perpaduan sesam ehsan,
Diikatnya sekali tali keakrapan.

Saidina affan menyusun kata,
Tutur katanya sungguh mulia,
Maaf-bermaafanlah sesama kita,
Di aidilfitri hari yang mulia.

Lapar puasa terketar-ketar,

Bila berbuka lega rasanya,
Minta maaflah kad raya tak sempat dihantar,
Hantar sms pun jadilah ya!
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Rozuan Ismail said...

wah, pelbagai negeri ada ye. Selamat berhari raya!!


14 August, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...