Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam - Kosmo
Hm.. Sebenarnya pada aku, nak blame 100% lelaki afrika tak boleh jugak. Yang bermasalah dalam hal ni, diaorang yang sanggup buat kerja haram tu semata-mata kerana duit.. Banyak lagi kerja lain nak jugak buat kerja haram ni..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan