Memaparkan catatan dengan label berita malaysia terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita malaysia terkini. Papar semua catatan

Suspek Bakar Kekasih Diburu Polis

on 16 Ogos 2012

Suspek bakar kekasih diburu polis. Berita bakar kekasih baru-baru ini mengejutkan kita dan sekarang suspek diburu polis untuk siasatan.

mohd amir bin mohd anuar bakar kekasih

Suspek bernama mohd amir bin mohd anuar berumur 19 tahun diburu polis kerana dia dipercayai terlibat dengan kes bakar kekasihnya awal pagi semalam. Bagi mereka yang mempunyai maklumat tentang suspek, bolehlah menghubungi jabatan siasatan jenayah kuala lumpur ditalian 03-21460522, atau melalui rakan cop ditalian 03-21159999 atau sms POLISKL ke nombor 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran. 

Senarai Diskaun Dan Rebat Tol Aidilfitri 2012

on 11 Ogos 2012

Ini ialah senarai tol dalam diskaun dan rebat tol untuk raya aidilfitri 2012 dan untuk sambutan hari merdeka yang ke 55 nanti. Rancangan ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan dekat atau jauh bagi mereka yang akan pulang bercuti di kampung pada hari raya nanti. 

 senarai diskaun dan rebat tol aidilfitri 2012

Untuk hari raya aidilfitril tahun 2012 ini, 24 buah lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan diskaun dan rebat tol dimana peratusnya antara 10 hingga 3.75 peratus selama 4 hari bermula pada 15 hingga 23 ogos. Datuk Seri Shaziman, menteri kerja raya berkata pengguna lebuh raya tahun 2012 bertuah kerana jumlah diskaun dan rebat tersebut merupakan yang tertinggi dari tahun-tahun sebelum ini. 

Beliau ada menyatakan bermula pada 12 hingga 26 ogos, had laju bagi semua jalan persekutuan akan diturunkan ke 80 km/j berbanding 90 k/m j.

Untuk hari kemerdekaan ke 55 nanti, tol percuma untuk 2 buah lebuh raya akan diberikan manakala baki lagi 22 akan memberi diskaun dan rebat sebanyak 10 hingga 30 peratus. 

Gaji Tan Sri Rozali Ismail Bukan RM51 Juta

on 09 Ogos 2012

Gaji tan sri rozali ismail bukan RM51 juta. "Jumlah gaji saya tak sampai pun RM51 juta," kata tan sri rozali ismail. Timbul pula isu tentang gaji beliau. Ada kemungkinan dalam hal ini beliau diftnah oleh pihak-pihak tertentu. 

gaji tan sri rozali ismail

Pada yang tak tahu siapa tan sri rozali, beliau ialah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air selangor (SYABAS). Beliau meminta pihak yang memulakan dan menyebarkan fitnah berhenti berbuat demikian dan rujuk keputusan mahkamah untuk maklumat yang terperinci tentang gaji beliau. 

Belia berkata lagi, SYABAS tidak membayar jumlah gaji sebanyak itu kepadanya, berdasarkan fakta yang dibuat mahkamah. "Rujuk keputusan mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang benar, jelas dan terperinci dari mengambil bulat-bulat kata-kata orang lain," kata beliau lagi. 

Beliau juga sempat memberitahu beberapa kawasan di selangor mula menghadapi masalah gangguan bekalan air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha menangani masalah tersebut. 

Karya Kartunis Tempatan Hina Malaysia

on 08 Ogos 2012

Karya seorang kartunis tempatan hina malaysia. Jika diamati betul-betul, seolah-olah karya kartunis tempatan ini hina malaysia. Berdasarkan sumber, beliau memang dikenali kerana yang sering menampilkan unsur kontroversi dalam karya beliau. 

karya kartunis tempatan hina malaysia

Gambar di atas ialah hasil kerja kartunis bernama zulkiflee anwar haque atau lebih dikenali sebagai zunar. Kali ini beliau mendapat idea untuk menghasilkan kartun menghina bendera dan lagu kebangsaan malaysia. Dan hasilnya adalah seperti pada gambar tersebut. 


Mungkin kerana beliau begitu pasti bendera malaysia diciplak dari bendera amerika syarikat dan lagu negaraku serta janji ditepati diciplak dari indonesia, maka beliau menghasilkan karya ini. Jangan tanya aku kenapa beliau begitu berani menghasilkan sesuatu yang bersifat provokatif seperti ini. Kemungkinan besar zunar berani menghasilkan sesuatu seperti ini kerana beliau merasakan artis seperti beliau mempunyai hak kebebasan dalam berkarya.

Malaysia Kini, sebuah blog pembangkang juga turut memuji karya ini. 

Ikan Paus Terdampar Di Kuala Penyu Pantai Sabah

on 05 Ogos 2012

Ikan paus terdampar di kuala penyu pantai sabah mengejutkan penduduk kerana ikan paus terdampar tidak pernah berlaku di sana. Spesis ikan paus yang belum dikenal pasti lagi ini panjangnya ialah 15.8 meter manakala beratnya masih lagi belum diketahui. 

ikaun paus terdampar di kuala penyu pantai sabah

Paus yang terdampar di pantai yang dikenali sebagai 'hujung sungai' ini terletak kira-kira satu kilometer dari bandar kuala penyu. Julin bagang selaku pegawai jabatan perikanan negeri kuala penyu berkata ikan tersebut mengalami kecederaan ringan. Pihak mereka sekarang sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan ikan tersebut. 




Fenomena Hujan Batu Di Jertih Terengganu

Penduduk di jertih terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu yang berlaku di kawasan mereka beberapa hari lalu. Antara kawasan yang mengalami fenomena ini ialah seberang jertih, balik bukit, padang luas, bandar jertih dan beberapa kampung lain. 

fenomena hujan air batu

Pada mulanya keadaan mendung dan dijangka akan turun hujan yang biasa tapi keadaan mendung bertukar ke ribut kencang dan turunnya hujan air batu. Salah seorang saksi berkata hujan air batu ini berlaku dalam jangka masa 15 minit. 


Seorang lagi saksi yang merupakan peniaga barangan elektrik di bandar jertih pula mendakwa satu ais batu sebesar batu bata jatuh di jalan raya berhampiran kedainya ketika fenomena hujan air batu ini berlaku. 

Tiada kemalangan dan kecerderaan dilaporkan dalam kejadian ini. Bagi penduduk jertih, kejadian ini ialah bencana paling teruk pernah berlaku tahun ini dan ia menimbulkan pelbagai persoalan dari kalangan penduduk di sana. 

Cuti Umum 17 Ogos 2012 Untuk Hari Raya

on 04 Ogos 2012

Cuti umum pada 17 ogos 2012 untuk hari raya aidilfitri tahun ini iaitu pada hari jumaat telah disahkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Cuti ini khas untuk sekolah yang cuti pada hari sabtu dan ahad. Bawah ini ialah screen shot surat dari kementerian pelajaran malaysia tentang cuti kali ini. 



Tujuan cuti umum ini diumumkan ialah untuk memudahkan mereka yang menyambut hari raya pada 19 ogos nanti untuk pulang ke kampung masing-masing lebih awal kerana hari raya tahun ini dijangka akan menyebabkan kesesakan jalan raya 3 kali ganda dari tahun-tahun sebelum ini. 

Jadi sebagai salah satu cara penyelesaian, sekolah-sekolah diberi cuti umum supaya murid-murid dan keluarga masing-masing dapat pulang ke kampung lebih awal. 

Pihak sekolah diminta menggantikan cuti umum ini pada 22 september 2012. Tentang cuti berganti pada 15 dan 16 ogos, pihak kerajaan telah bersepakat tidak membenarkan cadangan cuti berganti pada tarikh tersebut. 

Artis K-pop Hari Belia 2012 Kerajaan Bayar RM2.04 Juta

on 01 Jun 2012

Kerajaan bayar RM2.04 juta artis k-pop hari belia 2012? Betulkah konsert k-pop hari belia 2012 kerajaan bayar RM2.04 juta? Berdasarkan sumber, roti kaya, khabar ini mula disebarkan dibeberapa blog politik. Agak terkejut jugak aku bila tengok jumlah bayaran tu. Gila banyak. 


Sebelum ni keadaan agak panas sekejap bila pembatalan cerama ustaz azhar idrus dikaitkan dengan konsert k-pop ni. Apa-apa pun, yang menarik perhatian aku ialah dua dokumen tuntutan kat bawah. Kat situ jelas menunjukkan amaun yang perlu dibayar sebab bawa masuk artis k-pop ialah sebanyak RM2.04 juta. RM1.8 juta pulak ialah bayaran untuk artis tempatan. Total menjemput artis tempatan dan luar negara SAHAJA dah mencecah RM3.84 juta.

Tapi aku suggest jangan percaya secara total dengan dua dokumen tuntutan perbelanjaan kat bawah ni. Sebab mungkin ini hasil kerja pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri dan dokumen kat bawah terlalu 'biasa' untuk event besar-besaran dengan jumlah bayaran yang mencapai jutaan ringgit. 



Cuepacs - Gred Kumpulan Pertanian, Teknikal Tetap Bawah Ssm

on 31 Mei 2012

Cuepacs - gred kumpulan pertanian, teknikal tetap dibawah ssm? Kongres cuepacs mahu gred kira-kira penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan saraan baru perkhidmatan awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan. 

Presidennya, Datuk omar osman berkata tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan. 

Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17. Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik gred J17 dinaik taraf kepada gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan gred G17 dinaik taraf kepada gred G27. 

Beliau berkata cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan. Selain itu, katanya, cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat, dikecualikan.

Sumber : Ammboi

Cuepacs : Gaji Pembantu Tadbir Minta Kaji Semula

on 30 Mei 2012

Cuepacs : gaji pembantu tadbir minta kaji semula. Pihak cuepacs mencadangkan gaji gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42. 

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Cuepacs juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran. 

Presiden Datuk Omar Osman berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar peningkatan taraf hidup rakyat. 

“Cadangan gred minimum dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran cuepacs di muar, johor. “Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya. Omar juga berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan. 

“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula”. Beliau berkata kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik. 

“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak.”

Sumber : Berita harian

Bekas Ratu Cantik Negara Kemalangan

on 29 Mei 2012

Bekas ratu cantik negara kemalangan! Ikuti laporan tentang lina teoh, bekas ratu cantik negara yang kemalangan baru-baru ini. Kejadian berlaku apabila sebuah motor merempuh keretanya di jalan kuching berhampiran bulatan jalan duta jam 10.30 pagi pada hari isnin. Untuk makluman korang, dia bukan je terlibat dengan kemalangan, tapi diugut sekali.

lina teoh kemalangan

Kata lina di mstar :

Saya menghentikan kereta dengan serta merta di bahu jalan untuk memeriksa penunggang motosikal itu. Dia kemudiannya bangkit dan menjerit ke arah saya. Dia meminta RM300 daripada saya di atas kerosakan motosikal dan untuk bil perubatan.

Apabila saya berbincang dengan penunggang motosikal itu, seorang lelaki datang dan memberitahu jika saya tidak membuat apa-apa kesalahan maka saya tidak perlu membayar pampasan dan segera beredar. Saya mendengar nasihatnya dan masuk semula ke dalam kereta apabila lelaki itu mengekori saya dan meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal saya. 

Dia yang berada dalam ketakutan berjaya menutup pintu keretanya dan beredar dengan segera tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Pada waktu itu, lelaki tersebut meletakkan motosikalnya di hadapan kereta saya sambil menjerit dan bertindak memukul dan cuba memecahkan tingkap kereta saya. 

Saya menurunkan tingkap dan mencampakkan duit untuk mengalih perhatiannya tetapi dia mengambil rantai besi dan memukul belakang kereta sebaik saya beredar. Beberapa rakan saya percaya ia dilakukan oleh sindiket yang cuba menakut-nakutkan golongan wanita untuk mendapatkan wang dengan mudah. 

 Saya berharap agar polis akan meningkatkan pengawasan di kawasan tersebut untuk membanteras insiden seperti ini tidak berulang lagi. 


Adakah perempuan mangsa mudah untuk dapatkan duit? Kalau betul, ini memang masalah serius dan pihak berkuasa kenalah buat sesuatu. Tak boleh dibiarkan je hal ni.

Kemalangan Himpunan Jutaan Belia 2012 Video

on 27 Mei 2012

Kemalangan drag race himpunan jutaan belia 2012 video! Sesi drag racing sempena himpunan sejuta belia 2012 putrajaya bertukar tragedi bila kemalangan berlaku! Berdasarkan sumber, kemalangan terjadi apabila sebuah kereta mitsubishi lancer yang diguna pakai untuk sesi drag race tu hilang kawalan dan terbabas ke arah penonton.

video kemalangan drag race himpunan jutaan belia 2012

Berdasarkan sumber blog my media lagi, 10 orang cedera ringan dan 2 orang cedera parah dalam kemalangan tu. Yang kelakar apsal insiden kemalangan ni, sepanjang sesi drag race berlangsung penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan cuma sebuah ambulans je yang disediakan sebagai langkah keselamatan. Aik? Pihak polis pulak macam mana? Tiada langsung! Wah macam mana penganjur buat persediaan ni? Dah tahu ini sesi drag racing, kenapa tak optimum-kan ciri-ciri keselamatan untuk penonton yang menonton drag race ni? 

By the way, untuk tonton video kemalangan drag racing himpunan jutaan belia 2012, sila ke facebook blog blog ini dengan klik link yang aku bagi. Atas sebab-sebab tertentu, aku tak dapat letak video tu di blog ini. Klik link sebelah untuk ke facebook blog ni -> facebook blog akidazami.com

Cuepacs : Penjawat Awam Tak Mampu Beli Rumah

Cuepacs : Penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri? Kongres kesatuan (cuepacs) mendapati 60% penjawat awam tak mampu beli rumah sendiri. Jika pendapatan mereka bawah RM3,000 sebulan dan terutamanya jika penjawat awam tersebut tinggal di lembah klang.

Setiausaha kewangan cuepacs jaapar mansor berkata, jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam, keadaan ini akan berterusan. "Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini mesti diturunkan kepada 1 peratus," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Jaapar jugak berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini. "Walaupun ia bukan tuntutan utama cuepacs namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya. 

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan ahlinya. Sementara itu, beliau berkata, cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu. 

Debat Ptptn 2012 Video

on 23 Mei 2012

Video ketika debat ptptn 2012! Macam yang dijanjikan, semalam berlangsung acara debat ptptn 2012. Yang tak sempat menonton, ni video dia. Rasanya acara debat ni memang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang bergelar pelajar ipta/ipts atau pun bekas pelajar institut yang aku kata tadi. Almaklumlah, ada antara penuntut atau bekas penuntut merasakan ptptn tak perlu dibayar semula.

debat ptptn 2012 video

Pada aku acara debat ptpt 2012 antara rafizi ramli dan khairy jamaluddin yang dianjurkan sinar harian ni memang menarik sekali. Menarik maksud aku bila tengok rafizi ramli dan khairy jamaluddin berdebat. Ada beberapa point yang cantik dan bijak keluar dari kedua-dua pihak pasal isu ptpt ni. Rasanya kedua-dua pihak walaupun dari parti yang berbeza, masing-masing cuba untuk menyelesaikan kemelut isu ni. Bagus, bagus.


Jadi tanpa buang masa, tonton video rakaman debat ptptn 2012 bawah ni dengan klik read more :

Perkembangan Nazmi Faiz Sc Beira Mar Portugal

on 22 Mei 2012

Perkembangan nazmi faiz di sc beira mar portugal! Keputusan sama ada dia dimasukan ke sc beira mar portugal akan diketahui hari ini. Berdasarkan laporan yang aku baca di kosmo hari ini, feedback dari ejen kelab tu tentang nazmi memang positif. Ini menunjukkan nazmi mempunyai peluang besar  dipilih untuk bermain bersama kelab tersebut.

gambar nazmi faiz di sc beira mar portugal
























Ni ialah temubual ejen sc beira mar portugal tentang nazmi dari akhbar kosmo :

Nazmi berjaya melalui setiap sesi ujian yang dilakukan oleh S.C. Biera-Mar dengan begitu baik. Dia adalah seorang pemain yang mampu untuk meningkatkan lagi tahap permainannya tetapi saya tidak tahu sama dia akan menyertai kelab ini kerana keputusan diketahui hari ini. Setiap ujian yang dilakukan dilalui dengan baik sekali. Walaupun cuaca di sini lagi sejuk dari malaysia tetapi dia mampu berlari dalam tempoh yang lama disebabkan staminanya tinggi. Dia juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1 baru-baru ini. 

Pada aku kalau tak terpilih pun, sekurang-kurangnya nazmi berjaya membuka mata pihak luar yang malaysia pun mempunyai pemain bola sepak yang berbakat dan setanding dengan pemain bola sepak luar negara. Size doesn't matter! Anyway pada kaki bola semua, sama-sama doakan kejayaan nazmi di sana.

Update 23 mei 2012 : nazmi telah pun dipilih sebagai pemain kelab portugal tersebut. Tahniah untuk nazmi!!

Gambar Perogol Wanita Kota Bahru

Gambar perogol wanita kota bahru. Amran che jaafar didakwa sekali lagi merogol 4 wanita sedangkan perogol itu sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan kerana satu kesalahan rogol.


Dia yang disabitkan bersalah pada bulan mac lepas bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah di sini. Dipercayai jumlah wanita yang menjadi mangsa pemuas nafsunya ialah dalam 20 orang.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, amran didakwa merogol dua gadis yang berusia 19 tahun pada pukul 6.45 pagi, 17 September 2010 di sebuah asrama pekerja di jalan sultan yahya petra dan di sebuah rumah di jalan dusun muda pada 21 September, pukul 10 pagi.

*Sumber diolah semula dari : kosmo

Kemaruk Seks, Abang Rogol Adik Sendiri

on 16 Mei 2012

Kemaruk seks, abang sanggup rogol adik sendiri - Seorang lelaki selaku seorang abang sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya yang berusia 17 tahun sebelum merogol mangsa di taman dato senu, di sini semalam. 

Lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali sebelum ini dilaporkan masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah. Pihak polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa. 

Selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu tetapi gagal, lelaki berkenaan memanjat dan melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa.Kemudian mangsa dicabul abangnya selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil,” katanya. 

Selepas itu, lelaki berkenaan dengan ganas menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.

Sumber : Hmetro

*Inilah yang jadi bila nafsu menguasai diri. Lupa terus apa agama kita. Minta disimpanglah kejadian macam ni dari berlaku pada family aku dan family korang semua.

Mati Digilis Lori Ketika Kejar Pencuri

on 15 Mei 2012

Mati ketika kejar pencuri - Usaha dua anggota polis menangkap penjenayah yang melarikan sebuah lori muatan perabot di alor gajah berakhir dengan seorang daripada anggota polis itu mati dilanggar kenderaan tersebut. 

Dalam kejadian di kampung melekek semalam, koperal rasul tumin, mati di tempat kejadian selepas digilis lori yang mengundur selepas kenderaan itu ditinggalkan oleh penyamun di jalan yang berbukit. Ketua polis negeri, datuk chuah ghee lye berkata, “jam 6.55 pagi perisik kami menemui lori tersebut berada di daerah alor gajah. Mangsa dan rakan sekerja keluar mengesan kenderaan itu dan menemui lori tersebut di kawasan masjid tanah,” 

Menurut beliau, rasul yang menaiki kereta peronda dipandu rakan mengejar lori tersebut yang dipandu seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut. Kereta peronda polis mengejar lori itu sehingga masuk ke kawasan ladang kelapa sawit di kampung solok limau purut, melekek. 

“Ketika berada di ladang kelapa sawit itu, lori tersebut tidak mampu mendaki jalan berbukit. Suspek yang panik terus terjun dari lori itu dan meninggalkan kenderaan tersebut dipercayai tanpa brek tangan menarik sebelum menghilangkan diri,” kata beliau.

*Sumber : Kosmo

Kelantan Cuti 20 Mei 2012

on 14 Mei 2012

Kelantan cuti 20 mei 2012 - Berita baik untuk penduduk negeri kelantan kerana kerajaan umumkan cuti pada tarikh seperti yang aku nyatakan kat atas. Untuk apa cuti ni? Pada yang tak tahu, cuti ini ialah sempena perlawanan pasukan sime darby fc vs kelantan di final piala FA nanti.

Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat kelantan atas sokongan padu kepada skuad bojan hodak dalam misi The Red Warriors merebut piala fa buat kali pertama. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cuti itu diberi supaya menyenangkan penyokong pergi ke stadium nasional bukit jalil tanpa rasa ragu-ragu kerana meraka akan cuti esoknya.

“Selain itu, kami memikirkan keselamatan penyokong sendiri. Kita tidak mahu selepas tamat perlawanan, mereka pulang dalam keletihan untuk bekerja keesokan harinya (Ahad),” katanya pada sidang media, semalam. Beliau juga mengingatkan penyokong supaya tidak melakukan perbuatan yang menjejaskan imej, dan nama baik negeri kelantan.

*Sumber diolah semula dari : Berita harian

Kursus Kolej Perangi Islam

on 13 Mei 2012

Kolej tentera menawarkan kursus perangi islam - Pentagon amerika syarikat terpaksa mengakui seorang jurulatih di kolej pegawai turus tentera di virginia mengajar kursus ‘perang habis-habisan’ terhadap islam selain menyarankan supaya kota mekah dan madinah dibom. 

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran presiden barrack obama, bahawa usaha amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam. Butir terperinci kursus ini diperoleh dari blog Wired.com. 

Kursus ini dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’. Kursus itu digantung pada bulan empat lepas selepas pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan seorang pengajar, leftenen kolonel dooley. Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sebelum kursus itu digantung, dikatakan seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan telah menyertainya.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Sumber : Bharian

*Gila.. Kursus macam ni pun ada ke. Entah betul ke tidak tah kursus digantung.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...