Anak rini af7 kritikal jatuh katil. Sedih rasanya bila mendapat khabar anak rini af7 baru lahir sekarang kritikal sebab jatuh katil. Bayi bernama mariam joanna yang baru berusia seminggu ini sekarang sedang terlantar di wad kecemasan hospital kajang dan tidak sedarkan diri.
Berdasarkan sumber, mariam lemas akibat jatuh dari katil. Secara jujur, aku tak faham macam mana bayi tersebut boleh lemas. Namun ini hal serius dan mariam sekarang menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Kata rina :
Saya betul-betul sedih dengan keadaan yang menimpa anak sulung kami. Pada malam 10 ogos, saya menyusukan dia dan meletakkan dia di atas katil. Saya tersedar anak saya jatuh dari katil pada pagi esoknya. Masa itu mariam sudah tidak sedarkan diri kerana lemas. Sekarang dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan supaya boleh bernafas. Walaupun pada mulangan saya tidak dapat menerima apa yang dah terjadi, alhamdullillah sekarang emosi saya sudah stabil sedikit.
Ini semua dugaan. Diharapkan rina af7 dan ahli keluarga yang lain tabah dan bersabar menghadapi ujian ini. Kepada peminat doakan keselematan bayi beliau.
{ 1 ulasan... read them below or add one }
Kesian baby tu.. Dia lemas sebab jatuh tertiarap atas tilam bawah.... Biasanya baby usia seminggu memang belum pandai nak pusing-pusing kepala dia... Ya Allah... Kau selamatkanlah baby Joanna..
15 Ogos, 2012
Catat Ulasan