Perkembangan Nazmi Faiz Sc Beira Mar Portugal

on 22 Mei 2012

Perkembangan nazmi faiz di sc beira mar portugal! Keputusan sama ada dia dimasukan ke sc beira mar portugal akan diketahui hari ini. Berdasarkan laporan yang aku baca di kosmo hari ini, feedback dari ejen kelab tu tentang nazmi memang positif. Ini menunjukkan nazmi mempunyai peluang besar  dipilih untuk bermain bersama kelab tersebut.

gambar nazmi faiz di sc beira mar portugal
























Ni ialah temubual ejen sc beira mar portugal tentang nazmi dari akhbar kosmo :

Nazmi berjaya melalui setiap sesi ujian yang dilakukan oleh S.C. Biera-Mar dengan begitu baik. Dia adalah seorang pemain yang mampu untuk meningkatkan lagi tahap permainannya tetapi saya tidak tahu sama dia akan menyertai kelab ini kerana keputusan diketahui hari ini. Setiap ujian yang dilakukan dilalui dengan baik sekali. Walaupun cuaca di sini lagi sejuk dari malaysia tetapi dia mampu berlari dalam tempoh yang lama disebabkan staminanya tinggi. Dia juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1 baru-baru ini. 

Pada aku kalau tak terpilih pun, sekurang-kurangnya nazmi berjaya membuka mata pihak luar yang malaysia pun mempunyai pemain bola sepak yang berbakat dan setanding dengan pemain bola sepak luar negara. Size doesn't matter! Anyway pada kaki bola semua, sama-sama doakan kejayaan nazmi di sana.

Update 23 mei 2012 : nazmi telah pun dipilih sebagai pemain kelab portugal tersebut. Tahniah untuk nazmi!!
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

Gambar di portugal ni macam di Melaka je,
dimelaka pun ade tempat portugis sama macam di portugal,


22 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...