Penyanyi To'ki Sekarang Peminta Sedekah?

on 22 May 2012

To'ki sekarang peminta sedekah? Ingatkah korang pada penyanyi popular era 90-an, to'ki? Berdasarkan sumber, beliau sekarang peminta sedekah. Bukan lagi penyanyi. Ini disahkan sendiri oleh user bernama ameflora yang memulakan thread tersebut di forum cari. Tak ingat siapa to'ki? Korang ingat tak lagu selumbar dan harapan? To'ki lah penyanyi lagu tu.


Berbalik pada topik. Ameflora berkata dalam thread tu, dia ternampak status facebook kawannya yang mendakwa ternampak to'ki di kawasan pasar borong selayang meminta sedekah. Ameflora jugak ada menyatakan pernah nampak seorang lelaki meminta sedekah di kawasan yang sama tapi tak tahu lelaki itu ialah to'ki. 

Aku sebenarnya terkejut dan dalam masa yang sama macam ragu-ragu pulak dengan berita ni. Tapi bila aku pertimbangkan balik faktor-faktor tertentu macam kebanjiran penyanyi baru sekarang ni dicampur pulak dengan populariti to'ki yang semakin tenggelam, rasa macam tak mustahil pun ada berita ni. 

Apa-apa pun nantikan update terkini yang sahih pasal keadaan to'ki sekarang. Kalau betul to'ki perlukan bantuan, harapnya seniman tak pilih bulu dan turun padanglah. Nasib artis macam to'ki nilah yang perlu seniman pantau dan bantu. Bukan duk sibuk bash artis menang anugerah dan sibuk asyik banteras kemasukan artis luar ke negara ni.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...