Senarai Diskaun Dan Rebat Tol Aidilfitri 2012

on 11 Ogos 2012

Ini ialah senarai tol dalam diskaun dan rebat tol untuk raya aidilfitri 2012 dan untuk sambutan hari merdeka yang ke 55 nanti. Rancangan ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan dekat atau jauh bagi mereka yang akan pulang bercuti di kampung pada hari raya nanti. 

 senarai diskaun dan rebat tol aidilfitri 2012

Untuk hari raya aidilfitril tahun 2012 ini, 24 buah lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan diskaun dan rebat tol dimana peratusnya antara 10 hingga 3.75 peratus selama 4 hari bermula pada 15 hingga 23 ogos. Datuk Seri Shaziman, menteri kerja raya berkata pengguna lebuh raya tahun 2012 bertuah kerana jumlah diskaun dan rebat tersebut merupakan yang tertinggi dari tahun-tahun sebelum ini. 

Beliau ada menyatakan bermula pada 12 hingga 26 ogos, had laju bagi semua jalan persekutuan akan diturunkan ke 80 km/j berbanding 90 k/m j.

Untuk hari kemerdekaan ke 55 nanti, tol percuma untuk 2 buah lebuh raya akan diberikan manakala baki lagi 22 akan memberi diskaun dan rebat sebanyak 10 hingga 30 peratus. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

blog-tips-kurus berkata...

ETC tu ape yek??


12 Ogos, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...