Gaji Tan Sri Rozali Ismail Bukan RM51 Juta

on 09 Ogos 2012

Gaji tan sri rozali ismail bukan RM51 juta. "Jumlah gaji saya tak sampai pun RM51 juta," kata tan sri rozali ismail. Timbul pula isu tentang gaji beliau. Ada kemungkinan dalam hal ini beliau diftnah oleh pihak-pihak tertentu. 

gaji tan sri rozali ismail

Pada yang tak tahu siapa tan sri rozali, beliau ialah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air selangor (SYABAS). Beliau meminta pihak yang memulakan dan menyebarkan fitnah berhenti berbuat demikian dan rujuk keputusan mahkamah untuk maklumat yang terperinci tentang gaji beliau. 

Belia berkata lagi, SYABAS tidak membayar jumlah gaji sebanyak itu kepadanya, berdasarkan fakta yang dibuat mahkamah. "Rujuk keputusan mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang benar, jelas dan terperinci dari mengambil bulat-bulat kata-kata orang lain," kata beliau lagi. 

Beliau juga sempat memberitahu beberapa kawasan di selangor mula menghadapi masalah gangguan bekalan air dan beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha menangani masalah tersebut. 
Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

blog-tips-kurus berkata...

siapalah yg sebarkan virus tidak tepat itu...


09 Ogos, 2012
JOKO SOLO berkata...

Aku ingatkan pemimpin PR ni hebat-hebat belaka..Rupa2nya ketinggalan zaman rupanya..berita Tony Pua kena hukum dengan Mahkamah Tinggi Jun lepas kerana fitnah Syabas bermacam-macam hal dan fitnah Rozali dapat imbuhan tahunan RM5.1juta dari Syabas masih tidak mereka ketahui..Itulah asyik ceramah sana ceramah sini, kutuk sana kutuk sini..nasib baik Rozali ni penyabar orangnya, jika tidak aku yakin pasti dia saman puak-puak yang langgar keputusan mahkamah tu (contempt of court) baru padan muka kau orang!


20 Disember, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...