Karpal Singh Tolak Hudud

on 09 Ogos 2012

Karpal singh tolak hudud? Kenyataan pengerusi kebangsaan DAP, karpal singh kalau kita tengok seakan-akan tolak hudud. Kenyataan ini dibuat kerana beliau rasa kesal dengan PAS yang tetap mahu melaksanakan hukum tersebut. 

karpal singh tolak hudud

Beliau berkata, PAS tidak bermaksud tidak akan menggunakan hukum tersebut walaupun setiausaha agung PAS, datuk mustafa ali telah menyatakan hudud tidak termasuk dalam buku jingga pakatan pembangkang.

Beliau berkata lagi, hukum hudud hanya boleh diguna untuk negara yang seratus peratus rakyatnya islam, atau lebih tepat lagi, hukum tersebut hanya boleh dilaksana untuk negara islam. Alasan beliau kenapa hukum tersebut tidak boleh dilaksankan di malaysia ialah kerana malaysia negara sekular. Negara sekular harus mempunyai undang-undang sekular. 

"Malaysia merupakan negara sekular, seperti yang diputuskan oleh bekas ketua hakim mahkamah persekutuan, tun salleh abas pada tahun 1988 iaitu negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular," katanya.  

Berdasarkan kenyataan beliau, penolakan karpal singh terhadap hudud sebenarnya bukanlah secara total, keseluruhan. Tapi pada aku, hudud masih boleh dilaksanakan di negara ini, untuk mereka yang beragama islam sahaja. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...