Rita rudaini terima sms ugutan dari aidil zafuan. Kerana kenyataan rita rudaini di melodi, beliau terima sms berbaur ugutan dari aidil zafuan. Mungkin kerana malu, suaminya itu mengugut akan memalukan rita di melodi juga sebaik sahaja beliau tamat menjalani latihan bola sepak di luar negara.
Kenyataan yang diluahkan rita di melodi ialah beliau memberitahu hatinya sudah tertutup untuk aidil kerana pada beliau suaminya itu tidak lagi matang dan bijak dalam menguruskan rumah tangga. Rita juga mendakwa isu rumah tangganya semakin teruk dan semakin susah untuk diselesaikan kerana pihak ketiga berjaya menghasut suaminya.
Ini pula penjelasan rita di akhbar mstar online :
Saya ada dapat mesej dari dia. Dalam mesej itu, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan saya di melodi. Mesej itu juga berbentuk ugutan. Katanya, sebaik sahaja latihan bola sepak tamat dia akan tampil di melodi untuk memalukan saya pula. Persoalannya, kenapa dia sakit hati dengan kenyataan saya sedangkan dulu saya tak kecoh pun selepas dia beri kenyataan dalam rancangan itu?
Aku tengok semakin parah isu rumah tangga rita rudaini dan aidil zafuan ini. Memang nampak sangat macam tiada peluang lagi untuk mereka bersama sebagai suami isteri semula. Diharapkan peminat doakanlah yang terbaik untuk mereka.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan