Kursus Kolej Perangi Islam

on 13 Mei 2012

Kolej tentera menawarkan kursus perangi islam - Pentagon amerika syarikat terpaksa mengakui seorang jurulatih di kolej pegawai turus tentera di virginia mengajar kursus ‘perang habis-habisan’ terhadap islam selain menyarankan supaya kota mekah dan madinah dibom. 

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran presiden barrack obama, bahawa usaha amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam. Butir terperinci kursus ini diperoleh dari blog Wired.com. 

Kursus ini dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’. Kursus itu digantung pada bulan empat lepas selepas pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan seorang pengajar, leftenen kolonel dooley. Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sebelum kursus itu digantung, dikatakan seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan telah menyertainya.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Sumber : Bharian

*Gila.. Kursus macam ni pun ada ke. Entah betul ke tidak tah kursus digantung.. 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...