Polis Buru Suami Isteri Bogel Dan Cabul Broker

on 13 Mei 2012

Polis buru suami isteri yang bogel dan cabul broker - Bukan sahaja broker tersebut diperlakukan sedemikan, malah dia turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di mont kiara petang khamis lepas. Difahamkan, broker wanita itu dihubungi pasangan suami isteri yang dipercayai warga tempatan menyatakan minat mereka untuk melihat dan membeli kondominium berkenaan.

Sebaik saja pasangan itu tiba di unit kondominium tersebut, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik. Mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi jumaat lepas oleh polis bantuan selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar jeritan wanita tersebut meminta pertolongan.

Datuk ku chin wah selaku ketua jabatan siasatan jenayah kl menyatakan polis terpaksa memecahkan pintu rumah kondominium itu menyelamatkan mangsa. Mangsa didapati berada dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan akibat dipukul. “Hasil siasatan mendapati pasangan itu turut menyamun telefon bimbit dan beg duit dan kereta toyota vios milik mangsa,” katanya. 

Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu.

*Sumber : Bharian
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...